Akhirnya, Datuk Siti Nurhaliza Dedahkan Nama Anak Yang Bakal Dilahirkan, Tapi Kenapa Perlu Bersalin Secara Pembedahan Tidak Secara Normal? Ini Jawapan Doktor Yang Ramai Tak Sangka…

Hikayat Dunia

Kurang dari dua minggu lagi, bayi yang ditunggu – tunggu bakal dilahirkan. Siapa sahaja yang tidak teruja apabila penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengumumkan kehamilannya pada tahun lalu dan dikhabarkan akan melahirkan bayi sulungnya itu pada bulan ini.
Bersalin Secara Pembedahan

Menurut Siti, beliau bakal bersalin secara pembedahan dan keputusan itu dibuat atas nasihat doktor. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang yang menyebabkan pembedahan dipilih selain dari bersalin secara normal. Segala persiapan juga hampir selesai dan Siti sekeluarga sudah tidak sabar menantikan kehadiran Siti junior itu.

Dengar khabar bilik bayi juga sudah dihias cantik malah lif telah dipasang bagi kegunaan Siti semasa berpantang nanti.

SEBAB KENAPA PERLU PEMBEDAHAN KETIKA BERSALIN

“Menurut doktor di tempat Siti menjalani rawatan kesuburan, selain faktor usia Siti sendiri, bayi yang dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ biasanya dilahirkan secara pembedahan. Bagaimanapun, ada juga kes sebegitu menyaksikan kelahiran secara normal. Siti ikut saja apa nasihat doktor, selain mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Apapun caranya, harapan Siti proses kelahiran dipermudahkan”

Lagu Untuk Anak Kini Di Pasaran

Lebih mengujakan, bermula semalam lagu khas untuk bakal anaknya, Comel Si Pipi Merah juga telah berada di pasaran. Untuk anda yang ingin mendengarkannya, bolehlah dengarkan di semua digital platform.

NAMA ANAK SITI NURHALIZA?

“Single terbaru saya berjudul Comel Pipi Merah sudah boleh dilanggani di Spotify dan beberapa platform digital HARI INI dan itunes pada hari esok, 6 Mac 2018. Jangan lupa ya! Terima kasih semua. #comelpipimerah ( Kena selalu refresh ya untuk pastikan semua platform ini sudah boleh dilanggani).”

Kalau si pipi merah di dalam bahasa arab bermaksud Humaira. Adakah nama anak Siti dan Datuk K nanti bernama Siti Humaira? Kami di Hangat.com mendoakan agar proses bersalin Siti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya!

Sumber : BH Online

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: