Aku Tiba2 Dapat Penyakit Kelamin.. Akhirnya Segalanya TERBONGKAR Bila Aku Bawa Suami Ke Mahkamah..

Hikayat Dunia

Rumahtangga saya baru berusia 4 tahun dan kami dikurniakan seorang anak. Baru-baru ini saya disahkan oleh doktor bahawa saya menghidap penyakit kelamin.

Penyakit ini berpunca dari suami saya. Doktor memberitahu bahawa, virus yang ada dalam badan saya tidak akan hilang. Saya ulang, tak akan hilang!

Virus ini memang akan ada dalam badan saya buat selama-lamanya. Saya akan bertahan dengan ubat antibiotik sahaja. Penyakit yang saya alami adalah Herpes Simplex type 2.

Sebelum saya mengetahui yang saya menghidap penyakit ini, di kawasan kemaluan saya telah timbul kemerah-merahan seperti ulcer. Kemudian, dalam masa seminggu air jernih juga turut keluar dari kemaluan saya. Selepas seminggu barulah saya mengambil keputusan untuk bertemu dengan doktor.

Sebelum bertemu dengan doktor, saya ada bertanya pada suami saya apakah dia ada tidur dengan sesiapa selama dia ke luar negeri beberapa bulan yang lalu. Tetapi suami menafikan perkara itu.

Bila tiba di hospital, doktor mengesahkan saya telah menghidap penyakit kelamin. Hidup saya gelap serta merta. Saya sudah tidak nampak apa-apa lagi melainkan anak saya. Saya fikir apa nasib anak saya, kenapa saya yang terpilih untuk menanggung semua ini sedangkan saya tidak pernah meniduri lelaki lain selain suami saya.

Terbayang muka mak ayah saya, adik beradik saya. Saya dah tak fikir langsung tentang suami. Tetapi suami memang tidak mahu mengaku apa yang dia buat. Naluri saya sebagai seorang isteri kuat menyatakan bahawa dia memang ada tidur dengan pelacur atau yang sewaktu dengannya.

“Saya tanya abang dengan baik dan lembut tak marah, abang ada tak main dengan perempuan lain?” soal saya pada suami.

Namun, suami sekali lagi bermati-matian menafikannya. Jadi saya mengambil keputusan untuk berdiam diri buat sementara waktu sebab saya juga memerlukan waktu untuk berfikir tentang apa nasib saya selepas ini.

Balik dari hospital, saya mengajak suami balik ke rumah melalui jalan mahkamah. Dan saya seminta suami masuk ke kawasan parking mahkamah.

“Buat apa kita ke sini?” soalnya.

“Jom kita turun,” saya buka pintu namun dia sempat memegang tangan saya.

“Kenapa ni?”

“Saya dah tanya abang dengan lembut dan saya tak marah, tapi abang tak mahu mengaku. Jom kita turun dan buat akuan bersumpah di mahkamah yang abang memang betul-betul tidak pernah tidur dengan mana-mana perempuan atau tidak pernah pergi ke rumah pelacur ke apa…” belum sempat saya habis bercakap, akhirnya suami mengaku.

Suami mengaku yang dia pernah pergi ke rumah urut dan seterusnya, fahamlah apa yang berlaku. Saya bagaikan nak pitam, tak tahu nak cakap apa lagi. Saya diam dan hanya air mata saja yang mengalir. Saya terbayangkan wajah anak saya.

“Dahlah, tak mampu saya nak sambung cerita lagi. Tangan saya dah terketar-ketar,”

Apa yang saya perlu buat sekarang? Ada ke tempat yang boleh saya pergi berubat? Saya fikir untuk bercerai saja dengan suami sebab beberapa bulan ini selepas diberitahu oleh doktor tentang penyakit ini, hubungan kami menjadi dingin.

Dia memujuk saya dan meminta maaf serta berjanji tidak akan mengulangi lagi dan tidak akan menyakiti hati saya lagi. Tetapi saya rasa tak boleh nak melihat mukanya lagi. Kalau saya dah bercerai, saya dah tak boleh berkahwin dengan sesiapa sebab saya ada penyakit kelamin.

-coretanhati-

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: