“Apa Motif Dia Muat Naik Gambar Saya & Zul? ” – Elizabeth Tan ‘Pelik’ Dengan Fatiya Latiff..

Hikayat Dunia

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mengakui dia tidak tahu apa motif dan tindakan rakan artis, Fatiya Latiff yang bertindak memuat naik gambar dia bersama Zul Ariffin menerusi Instagram.

Bagaimanapun difahamkan, gambar tersebut sudah pun dipadam daripada Instagram milik Fatiya beberapa jam selepas ia dimuat naik.

Menerusi entri berkenaan, pelakon drama rantaian Rumi dan Jawi itu ada menulis kapsyen yang membayangkan pasangan pelakon filem seram, Misteri Dilaila itu ‘comel’ bersama dan meminta agar aktor filem Tombiruo itu menjaga Elizabeth dengan baik.

“They look so cute together omg! Dear @zul_ariffin pls take good care of this lil’cute angel trust me she’s an ‘angel’,” tulis Fatiya dengan diikuti dengan emoji tanda senyum.

Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy ketika dihubungi MH nyata terkejut dengan posting berkenaan dan hanya mengetahui mengenai hal tersebut menerusi rakan media.

“Saya tidak tahu apa motif dia muat naik gambar saya dan zul? Rasa kelakar pun ada. Mengapa dia buat tindakan sedemikian kerana kami tidak pernah berjumpa. Kalau ada, dia pernah hubungi saya untuk berbincang mengenai sesuatu tahun lepas.

Saya tak marah, cuma rasa pelik dan kelakar. Apa pun, saya doakan yang terbaik untuknya,” kata Lizzy.

Ditanya sama ada posting berkenaan turut membayangkan seperti ada bibit cinta di antaranya dan Zul, Lizzy secara jujur mengakui dia tidak meyimpan apa-apa perasaan terhadap pelakon sasa tersebut.

Tiada apa-apalah. Fokus saya pun sekarang hanyalah pada kerjaya seni saja. Gambar itu diambil ketika di set filem Misteri Delaila.

Dalam filem berkenaan, kami mendukung watak sebagai suami isteri,” akui Lizzy yang turut menambah, penggambaran filem tersebut masih lagi berbaki selama beberapa hari saja lagi.

Foto: Instagram Elizabeth Tan, Fatiya Latiff

Sumber : gengjoyah.com

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: