BAHAYA! Kerja Sampai Mati Gara-Gara Kejar ‘Overtime’!

Hikayat Dunia

Seorang wartawan di Tokyo meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada Julai 2013 selepas dipercayai bekerja lebih masa di mana dia mengambil ‘overtime’ 159 jam 37 minit dalam masa sebulan dan hanya berehat selama dua hari.

Satu siasatan rasmi memutuskan Miwa Sado yang merupakan wartawan politik ini mengalami kegagalan jantung berpunca dari kerja yang berlebihan.

Namun, syarikat penyiaran kebangsaan Jepun, NSK baru mendedahkan punca kematian Miwa kelmarin selepas mendapat tekanan dari keluarga wartawan itu.

Kes itu menunjukkan masalah serius kematian akibat bekerja terlalu lama atau dikenali sebagai ‘karoshi’ di Jepun.

Pada ketika itu, Miwa berusia 31 tahun dan ditugaskan untuk membuat liputan pilihan raya perbandaran Tokyo pada Jun 2013 dan satu lagi pilihan raya Parlimen pada bulan berikutnya.

Bagaimanapun, tiga hari selepas pilihan raya Parlimen itu berakhir, wartawan ini meninggal dunia lantaran kegagalan jantung.

Pendedahan mengenai kematian Miwa membuatkan penduduk Jepun terkejut kerana sebelumnya NHK aktif melaporkan kematian berkaitan ‘karoshi’ di syarikat lain.

Pada setiap tahun di Jepun, kerja lebih masa terlalu lama dipercayai punca berpuluh-puluh kematian akibat strok, serangan jantung dan bunuh diri.

Sumber : businessinsider

 

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: