“Berhenti Tangkap Mak Nyah” – Gesa Ahli Parlimen DAP Klang Kepada Semua Jabatan Agama Negeri

Hikayat Dunia

Klang, Selangor: Kerajaan Malaysia perlu memansuhkan semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang mendiskriminasi golongan transgender di Malaysia, demikian menurut Ahli Parlimen DAP yang mewakili kawasan Klang, YB Charles Santiago.

Charles turut menggesa agensi-agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar berhenti menangkap golongan mak nyah sewenang-wenangnya. “Dan saya juga menggesa supaya semua Jabatan-Jabatan Agama Islam, termasuk JAKIM dan JAIS untuk menghentikan penahanan tidak berasas kaum mak nyah.”

Menurut Ahli Parlimen yang mewakili penduduk Klang itu, selepas pengharaman gerakan Seksualiti Merdeka pada hujung tahun 2011 seorang budak lelaki telah dipukul sehingga mati di luar perkarangan sekolahnya.

“Pada bulan November 2011, kerajaan menghapuskan Seksualiti Merdeka. Kementerian Pelajaran pula telah mengedarkan pekeliling di sekolah-sekolah bagi mendidik para pelajar mengenal pasti orientasi gay atau lesbian bagi mengekang apa yang mereka panggil sebagai peningkatan “fenomena tidak sihat di kalangan pelajar”.

Sehubungan inisiatif itu, seorang budak lelaki telah dipukul sehingga mati di luar perkarangan sekolahnya oleh pelajar dari sekolah yang sama dengan alasan cara jalannya pelik dan dia layak diperlakukan dengan kasar.”

“Pada bulan Mac tahun ini, Lembaga Penapis Filem telah menyuruh Disney menyunting keluar 4 minit babak dalam cerita kanak-kanak “Beauty and the Beast” yang memaparkan “babak gay”,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, perbuatan diskriminasi terhadap kaum LGBT seperti penyuntingan adegan gay dari filem Beauty and the Beast telah menjadikan Malaysia negara yang merbahaya bagi kaum LGBT.

“Diskriminasi bersistematik terhadap lesbian, gay, biseksual dan terutamanya komuniti transgender secara berterusan menjadikan Malaysia sebuah tempat berbahaya untuk didiami mereka. Namun, kita boleh mengubahnya bersama-sama.”

“Saya bersolidariti bersama komuniti trans di seluruh dunia dan saya menyeru anda semua menyertai saya menggesa kerajaan Malaysia untuk memansuhkan semua undang-undang dan peraturan yang mendiskriminasi golongan trangender,” dakwanya lagi.

Merujuk kepada kegiatan pelacuran yang berleluasa di kalangan ahli komuniti itu, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, walaupun pihak penguatkuasaan syariah JHEAT telah beberapa kali melakukan operasi bersepadu dan melakukan tangkapan terhadap golongan transgender mak nyah yang melakukan aktiviti pelacuran di sebuah flat di sekitar Bandar, Kuala Terengganu, namun mereka tidak serik dan terus melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

Sumber : Pelbagai

Hikayat Dunia
“Kevin Morais Yang Salurkan Maklumat Mengenai Kes Penyelewengan 1MDB Kepada Saya” – Clare Brown

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown mendedahkan, mendiang Kevin Morais yang menyalurkan maklumat mengenai siasatan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang pernah menjadi anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Saya dihubungi secara langsung oleh orang itu (yang menyiapkan kertas pertuduhan). Saya rasa dia adalah …

Hikayat Dunia
KP SPRM Dedahkan Yang Beliau Pernah Diugut & Diintip Ketika Siasatan 1MDB Dulu..

22 Mei – Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang baharu, Dato’ Sri Haji Mohd Shukri Abdul telah mengadakan satu sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Beliau tampil dalam sidang media tersebut dan menceritakan pengalaman beliau ketika menyiasat kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum beliau dikatakan bersara …

Hikayat Dunia
Di usia 92 Tahun, Tun M Pandu Kereta Sendiri Untuk Memimjau Apa Yang Terjadi Di Kuala Lumpur..

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel Kenapa Dr Mahathir pandu sendiri kereta Ini bukan kali pertama Perdana Menteri Malaysia ke 7, Tun Mahathir memandu kereta sendiri. Beliau tidak menggunakan pemandu peribadi dan pada usia yang menjangkau 93 tahun beliau masih kuat dan boleh pandu sendiri. Sebelum ini akhbar Sinar Harian …

%d bloggers like this: