‘Dia gunakan gambar saya buat akaun WeChat palsu untuk uji kesetiaan suami dia’ – Hilang tender gara-gara difitnah bercinta dengan isteri orang

Hikayat Dunia

Gara-gara difitnah, seorang lelaki bukan sahaja terpaksa menanggung malu, malah kerjaya sampingannya sebagai photographer, videographer dan modeling (kontrak setahun) turut ditamatkan serta merta.

Mangsa, Affan Mustaqim, bekerja sebagai pegawai bomba turut dikuarantin di balai selama dua hari dan perlu memberi penjelasan kepada majikannya mengenai kes tersebut.

“Oleh kerana kes fitnah itu, saya kena buang tender contract setahun sebagai photographer, videographer dan modelling. Esok kena menghadap Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memberi keterangan kepada pengarah JBPM Pulau Pinang.

“Selain itu perlu dikuarantin di balai selama dua hari kerana tidak dibenarkan keluar daripada kawasan bertugas dan tidak membenarkan menghubungi sesiapa melainkan majikan.

“Oleh kerana Diana telah memfitnah saya menggunakan gambar saya dan membuat akaun palsu untuk mencemarkan maruah dan nama saya sehingga melibatkan kes polis, sekarang saya terpaksa menjalankan proses untuk saman fitnah,” katanya yang turut menawarkan ganjaran RM150 bagi mana-mana individu yang dapat mencari wanita berkenaan.

Dalam video penjelasan yang disiarkan secara live di Facebook semalam, Affan menjelaskan bahawa dia telah difitnah wanita berkenaan yang kononnya mahu menguji kesetiaan suaminya.

“Berkenaan dengan kes saya didakwa mengganggu rumah tangga orang, iaitu Najib dan isterinya, Diana. Semalam 20 Jan jam 7 pagi saya berada di Manjong, ada tugas untuk buat video dan foto birthday party.

“Jam 9 pagi saya mendapat panggilan dari balai saya mengatakan ada dua orang lelaki yang mencari saya dan mendakwa saya mengacau isteri orang. Saya terus tinggalkan kerja saya dan cari orang yang boleh menggantikan kerja saya dan saya terus pulang ke balai.

“Kes ini kes berat kerana ia melibatkan isteri orang dan kes polis. Kes ini berkaitan dengan WeChat. Ada individu menggunakan gambar saya untuk buat akaun palsu. Kes ini sudah kali keempat berlaku di mana gambar saya disalahgunakan.

“Kes pertama hingga ketiga diselesaikan begitu sahaja kerana mereka tahu itu adalah akaun palsu. Dalam kes keempat, suami kepada Diana membuat laporan polis pada 20 Januari (Sabtu).

‘Terima kasih pernah muncul dalam hidup Affan. Andai dapat Affan putarkan masa dunia, akan Affan perbaiki kesilapan Affan. 16.6.2016 memories kita’ – Fake akaun

 

Yang buat akaun palsu ini sebenarnya adalah isteri lelaki itu sendiri. Alasannya dia mahu menguji kesetiaan suami pada dirinya.

“Saya minta nombor telefon dari majikan saya, tetapi tidak diberi sebab dia kata jangan ikut emosi. Mana mungkin tak ikut emosi? Kes ini melibatkan nama saya. Saya tak buat tapi nama saya kena jual.

“Majikan suruh saya bertenang dan akan tetapkan masa untuk kami berjumpa. Hari ini (Ahad) kami sepatutnya berjumpa tetapi nama dan gambar profil akaun palsu itu bertukar menjadi Zainab.

“Dan laporan polis kedua dibuat oleh lelaki itu yang menarik balik laporan polis terdahulu dengan rela hati kerana kes sudah diselesaikan dengan cara baik.

“Yang buat akaun palsu ini sebenarnya adalah isteri lelaki itu sendiri. Alasannya dia mahu menguji kesetiaan suami pada dirinya.

“Kepala ***** awak Diana! Awak boleh buat cara lain lagi nak uji kesetiaan suami awak. Awak jual nama saya. Saya suruh awak datang tapi tak datang. Saya nak saman awak pun tapi kasihan tengok muka suami awak.

“Saya harap perkara ini menjadi pengajaran kepada semua orang dan jangan guna gambar orang lain untuk buat akaun palsu,” katanya.

sumber : The Reporter

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: