Guru Ini Hampir Berputus Asa Dan Mahu Melepaskan Profesionnya Angkara Anak Murid Yang Sangat Nakal. Namun Perkara Sebaliknya Telah Berlaku. Tak Sangka Cikgu Itu Sanggup Buat Dengan…

Hikayat Dunia

Seorang guru bernama Chelsea Haley menyertai program ‘Teach for America’ pada tahun 2013 di sebuah sekolah menengah rendah Baton Rogue di Lousiana, Amerika Syarikat. Kemudian, Chelsea bertemu dengan Jerome Robinson, salah seorang pelajarnya yang sangat nakal sehingga membuat guru ini menjadi begitu hampa dan mahu meninggalkan profesion perguruan untuk kebaikan.

Namun, hatinya tiba-tiba berubah untuk menerima pelajar ini bersama adiknya yang masih kecil sehingga menjadi rapat menjadi ahli keluarga. Apa yang telah menyebabkan Chelsea berubah fikiran?

Chelsea Haley hampir meninggalkan profesion perguruan kerana Jerome Robinson.

Kredit foto: Facebook/Chelsea Haley

Chelsea mengingati kembali kenangan itu dalam temu ramahnya bersama CNN, “Sehingga satu masa, kelakuannya amat buruk dan membuat saya menjadi berputus asa. Saya berfikir, saya tidak boleh melakukan pekerjaan ini lagi. Saya tidak layak menjadi guru.”

Namun tidak lama kemudian, guru dan anak murid ini menjadi rapat apabila guru yang lain telah merujuk kepada Chelsea untuk menyelesaikan masalah Jerome yang tidak boleh dikawal oleh mereka.

Selepas tempoh bertugas Chelsea selama dua tahun telah hampir tamat di sekolah tersebut, pengetua sekolah telah meminta Chelsea melanjutkan tempoh bertugasnya demi membimbing Jerome, jadi beliau telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh selama setahun lagi sebagai guru pengajar istimewa.

Menurut Chelsea, apa yang telah membuat dirinya dan Jerome menjadi rapat seperti ibu dan anak ialah pada satu malam, beliau telah bermimpi seperti Tuhan telah meminta dirinya menjadi ibu kepada Jerome.

Kredit foto: Facebook/Chelsea Haley

Apabila Chelsea bangun dari tidur, beliau tergelak besar dan memikirkan ia sebagai satu perkara yang mengarut dan tidak masuk akal, menjadi ibu kepada Jerome?

Namun begitu, Chelsea sering memikirkan Jerome dan telah menyiasat latar belakang pelajar ini. Jerome dan adik lelakinya yang baru berusia setahun tinggal bersama nenek mereka dan ibu kandungnya dalam serba kekurangan dan miskin. Mereka berada dalam keadaan kesempitan hidup setelah kehilangan dua orang anggota keluarga.

Tidak lama kemudian selepas menerima mimpi itu, Chelsea berasa amat terkejut apabila Jerome meminta izin sekiranya dia boleh tinggal bersama guru ini semasa sesi peperiksaan bermula.

Chelsea merasakan perkara ini sebagai takdir dan petanda baginya untuk menjaga Jerome sehingga tidak lama kemudian Chelsea telah membuat satu jemputan makan malam buat ibu Jerome untuk meminta keizinan menjaga Jerome.

Akhirnya tempoh perkhidmatan Chelsea di sekolah Jerome selama tiga tahun telah tamat dan beliau bercadang untuk kembali ke Georgia, apabila ibu Jerome telah bertemu dengan Chelsea dan membuat satu permintaan, “Kamu boleh kembali ke kampung halaman kamu. Tetapi saya mahu kamu membawa Jerome dan Jace bersama.”

Kini selepas beberapa bulan, Jerome dan adiknya, Jace telah tinggal bersama Chelsea di Marietta, Georgia.

Kredit foto: Facebook/Chelsea Haley

Chelsea mengakui mengalami satu pengalaman yang baru dengan berkata, “Saya tidak terfikir untuk menjadi seorang ibu tunggal pada usia 24 tahun, lebih-lebih lagi kepada pelajar saya yang berusia 12 tahun dan adiknya yang baru berusia setahun setengah.”

Selepas tinggal bersama Chelsea yang telah menjadi ibu angkat dan penjaga sah Jerome, prestasi pendidikan anak ini telah meningkat dan Jerome menjadi salah seorang pelajar terbaik di dalam kelasnya.

Kredit foto: Facebook/Chelsea Haley

Kehidupan Jerome dan Jace menjadi lebih baik daripada kehidupannya di Louisiana. Chelsea berkata, “Saya sentiasa mahu menjadi seorang ibu dan saya tidak akan menukar apa-apa lagi selain menjadi ibu mereka.”

Sejak kisah Chelsea dan Jerome menjadi tular di media sosial, Chelsea telah menubuhkan tabung ‘GoFundMe’ bagi menyediakan kemudahan kepada mereka yang berminat untuk membiayai pendidikan Jerome dan membantu keluarganya.

Chelsea telah menulis,

“Saya merasa amat terharu dengan mesej yang menyatakan sokongan setelah kisah kami menjadi tular di media sosial. Seluruh dunia menyatakan kesediaan dan bertanya sama ada mereka boleh membantu pendidikan Jerome dan Jace. Saya berasa teragak-agak untuk menerima wang anda semua kerana saya seorang wanita yang berdikari, tetapi saya mempelajari didalam agama tidak mengajar kita untuk bersikap berbesar hati serta berbangga diri dengan pencapaian dan kejayaan. Jadi, saya tidak boleh melakukan perkara ini seorang diri. Saya perlu memikirkan kepentingan anak-anak ini lebih daripada diri sendiri. Segala wang yang diterima akan membiayai pra sekolah Jace tidak lama lagi dan selebihnya akan disimpan untuk pendidikan tinggi kedua anak ini di masa hadapan.”

Semoga masa depan kedua anak ini akan terus cemerlang di bawah bimbingan ibu angkat mereka, Chelsea Haley.

Lihat video di bawah.

Sumber: ELITEREADERS

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: