Hasrat Ibu Datuk Siti Nak Bilik Cantik Tercapai.. Hiasan Bilik No 2 Paling Cantik Dan Memukau..!!

Hikayat Dunia

Bertuah Ibu siti dapat anak anak yg dapat menggembirakan dan membalas jasanya..

Dalam instagram Dato CT,“Senyum simpul Mak Salmah hajat nak bilik cantik tercapai..senyum simpul mak..asalkan mak happy, anak anak cuba penuhi.

terima kasih Am @lenteracreativehome kerana sudah berjaya buar mak salmah tersenyum sahaja..”

Wowww!!! bilik tidor Mak Dato’ CT..Cantik Sgt..No 3.Paling Cantik dan memukau..

Galeri pameran seperti rumah

Wowww!!! bilik tidor Mak Dato’ CT..Cantik Sgt..No 3.Paling Cantik dan memukau..

TANPA aksesori yang sarat, ruang menunggu ini tampak ringkas dan memiliki gaya yang tersendiri.

TIDAK sukar mencari kedai hiasan dalaman Lentera Creative Home milik Amran Azahar yang terletak di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor ini.

Lokasinya yang strategik menjadi pilihan pemilik untuk beroperasi selain memudahkan pelanggan berkunjung.

“Sebelum ini lot kedai saya berada di kedudukan yang agak terpencil di Taman Equine, Seri Kembangan dan terletak di tingkat atas pula.

“Selepas melihatkan premis ini yang terletak bersebelahan jalan utama, saya membuat keputusan untuk berpindah.

“Tambahan pula, ia lebih menyenangkan pelanggan untuk berurusan,” jelasnya yang menubuhkan syarikat itu pada tahun 2008.

Amran memberitahu, dia berpindah ke lot kedai dua tingkat itu tahun lalu selepas melakukan kerja pengubahsuaian yang mengambil masa selama dua bulan.

“Galeri pameran yang menempatkan contoh rekaan langsir, fabrik, kertas dinding dan barangan hiasan dalaman ditempatkan di tingkat bawah manakala bengkel di tingkat atas.

Rona terang

“Saya mempelbagaikan konsep hiasan dalaman yang terdiri daripada moden, klasik, Inggeris dan moden klasik bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggan,” ujarnya yang dibantu seramai enam orang kakitangan.

Mengulas lanjut, Amran berkata, pemilihan warna terang dan ceria menjadi keutamaannya dalam menghias lot kedai yang berkeluasan 139 meter persegi itu.

“Jika dilihat, saya banyak menyuntik elemen warna sebegitu bagi menimbulkan mood yang tersendiri.

“Saya mengaplikasikan konsep moden pada ruang di pintu masuk disebabkan ia konsep kegemaran pelanggan ketika ini,” tambahnya yang berasal dari Tangkak, Johor.

Wowww!!! bilik tidor Mak Dato’ CT..Cantik Sgt..No 3.Paling Cantik dan memukau..

SEBAHAGIAN besar dekorasi di sini menggambarkan suasana ruang tamu seperti di rumah biasa.

Menjenguk lot kedai yang didominasi elemen berwarna merah yang juga warna korporat syarikat ini, kru Jurnal tertarik dengan sebuah patung boneka pakaian yang dijadikan bahan dekorasi kedai ini.

Agak mengejutkan apabila diberitahu pakaian yang membaluti patung tersebut rupa-rupanya dihasilkan menggunakan fabrik kain langsir.

“Kain polister berwarna ungu ini dipilih bagi menampakkan gaya mewah.

“Saya sengaja letakkan patung ini sebagai bahan dekorasi bagi memberikan kelainan,” beritahunya yang pernah menghias kediaman beberapa selebriti tempatan seperti penyanyi Haiza dan Stacy.

Terdapat enam ruang khas yang mengaplikasikan pelbagai konsep hiasan dalaman berserta padanan langsir dan perabot yang bersesuaian.

Di ruang pameran utama berhampiran pintu, pemilik menyuntik elemen moden menerusi penggunaan warna biru, putih dan hitam sebagai warna asas kertas dinding, perabot, permaidani atau bahan dekorasi lain.

Wowww!!! bilik tidor Mak Dato’ CT..Cantik Sgt..No 3.Paling Cantik dan memukau..

Di ruang kaunter pula, pemilik menjadikan sebuah patung kuda berwarna hitam sebagai penghias meja.

Replika model mesin jahit yang merupakan pemberian seorang rakan turut dijadikan penghias kedai.

Pemilihan pasu-pasu besar yang cantik menyerlahkan lagi sisi dekorasi yang dibawa.

Ketika ditanya tentang perancangan masa depan, lelaki bujang ini memberitahu, dia ingin membuka sebuah cawangan kedai hiasan dalaman di sekitar Lembah Klang selain memajukan lagi jaringan perniagaan yang diceburinya itu.

Sumber : medialetop

 

Hikayat Dunia
“Handsomenya Macam Daddy Dia” – Walaupun Baru Berusia 7 Tahun, Ramai Puji Anak Lelaki Eizlan Yusof Kacak Macam Bapanya.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sememangnya diketahui mempunyai wajah tampan meskipun usianya kini sudah mencecah 46 tahun. Sejak dari tahun 1990-an, ramai yang kagum dan juga memuji kekacakan aktor ini. Tak keterlaluan juga jika dikatakan makin lama makin berseri wajah Eizlan Yusof. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu Eizlan …

Hikayat Dunia
Inilah Sebab Sebenar Mengapa Eira Syazira Sekeluarga Mengambil Keputusan Berpindah Ke Jakarta..

Diam-diam ubi berisi, begitulah yang boleh diibaratkan aktiviti pelakon Eira Syazira. Menerusi penjelasannya baru-baru ini dalam sidang media, dia akan menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin. “Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air …

Hikayat Dunia
Kenapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee butakan watak ‘Kassim Selamat’? Rupanya ini sebab yang mengejutkan..!!

Hari ini genap usia 89 tahun hari kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terus dikenang dalam memberi sumbangan besar pada industri seni nusantara. Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi. Bagi peminat …

%d bloggers like this: