2 Daripada 7 Suspek Kini DiDakwa Atas Tuduhan Membunuh – Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Hikayat Dunia

 

KUALA LUMPUR: Susulan daripada kes, dua daripada tujuh suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI), Kampung Datuk Keramat, 14 September lalu, dituduh dengan 23 pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pertuduhan terhadap kedua-dua suspek berusia 16 tahun itu dibaca di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua suspek bersama-sama pada 14 September, 2017 di antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, dengan niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap 23 mangsa di DQI.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes ini adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Prosiding kes itu yang berlangsung dari 12.05 tengah hari sehingga 12.25 tengah hari dijalankan di Mahkamah Majistret 7 secara tertutup kerana ia melibatkan kes juvana di mana hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di bilik bicara.

Pendakwaan kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah dan dua Timbalan Pendakwa Raya iaitu Mohd Nordin Ismail serta Nurakmal Farhan Aziz, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kesemua tujuh suspek tamat tempoh reman hari ini selepas direman selama 13 hari bermula 16 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh sebelum ini dilaporkan berkata, enam daripada tujuh suspek itu didapati positif dadah jenis ganja dan dipercayai khayal ketika memulakan kebakaran itu, manakala dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau iaitu gaduh dan curi.

Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat ejek-mengejek di antara suspek dengan segelintir penghuni asrama tahfiz itu yang bermula beberapa hari sebelum kejadian.

Seramai 21 pelajar lelaki berusia 6 hingga 17 tahun serta dua tenaga pengajar berusia 25 dan 26 tahun terkorban dalam kebakaran jam 5.15 pagi, 14 September lalu.

Tujuh mangsa termasuk enam pelajar pusat tahfiz itu turut cedera dalam tragedi berkenaan.

Al-Fatihah kepada semua mangsa, dan moga keluarga mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

 

Sumber :Pelbagai

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: