‘Kami memerintah negara ni sebelum Mahathir okey!’

Hikayat Dunia

Daripada laporan yang updated sehingga sekarang, kediaman bekas PM Datuk Seri Najib Razak dikatakan masih digeledah polis dan belum ada tanda-tanda lagi untuk pasukan ni beredar.

Kesian lihat keadaan bekas PM tersebut yang menjalani hari pertama puasa dengan dugaan menimpa, rakan-rakan Najib katanya datang nak melawat serta beri moral support kepadanya. Salah seorang daripadanya ialah ahli UMNO Negeri Sembilan, Abdul Rahim Abdul Rahman, lapor FMT.

Tup-tup lepas dia kena halang dari masuk rumah Najib di Taman Duta dan disoal macam-macam oleh wartawan, Abdul Rahim dilihat naik angin dengan tetiba.

“Kenapa saya dihalang masuk? Kerajaan jenis apa ni?

“Saya seorang ahli politik biasa. Kami kawan politik. Kami memerintah negara ni sebelum Mahathir okey!”kata Abdul Rahim yang jugak ketuafan club, Kelab Sahabat Datuk Najib.

“Kenapa saya dihalang masuk? Kerajaan jenis apa ni?

“Saya seorang ahli politik biasa. Kami kawan politik. Kami memerintah negara ni sebelum Mahathir okey!”kata Abdul Rahim yang jugak ketuafan club, Kelab Sahabat Datuk Najib.

Bila disoal kali terakhir dia berhubung dengan Najib, Abdul Rahim menjawab dia berjumpa dengan bekas PM itu pada Jumaat lepas. Tambahnya lagi, mereka berjumpa semasa Najib bersolat Jumaat di masjid dan suami kepada Rosmah Mansor ni nampak baik-baik je.

“Dia okey. (Najib) seorang lelaki yang tabah dengan prinsip yang kuat,”katanya.

Tak tahan melihat wartawan berkampung di hadapan rumah Datuk Seri Najib, Abdul Rahim jugak persoal apa yang wartawan nakkan sangat dengan bekas Presiden UMNO ni. Hadoiii tak memasal wartawan yang kena marah.

“Kenapa ramai sangat? Dia macam tahanan politik pulak, macam penjenayah. Kamu patutnya tanya Mahathir apa yang dia sedang buat. Dia berumur 93 tahun. Kamu fikir dia tengah buat benda yang betul ke?”marah Abdul Rahim.

Rata-rata netizen yang melihat sesi temubual live di Astro AWANI mengecam Abdul Rahim kerana bersikap ‘kerek’ dengan wartawan.

Sehingga kini, kenderaan polis masih keluar dan masuk dari Jalan Langgak Duta dan barang-barang peribadi seperti beg tangan dilihat dibawa keluar dari kediaman bekas PM tersebut di bawah Akta Penggubahan Wang Haram.

‘Ini sesuatu yang tidak wajar’ – Kenalan rapat Najib kritik tindakan polis dan kata Tun M ‘balas dendam’

“Ini sesuatu yang tidak wajar,” demikian kata satu sumber mempertikaikan tindakan polis menyerbu dan menggeledah kediaman peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam tadi.

Menurut sumber MalaysiaKini yang dikatakan rapat dengan Najib itu berkata, bekas perdana menteri itu perlu dihormati dalam apa jua situasi.

“Kenapa mereka (polis) tidak menggeledah lebih awal? Beliau (Najib) perlu bersiap untuk sahur,” katanya.

Sumber berkenaan turut berkongsi gambar Najib yang masih memakai baju Melayu sama yang dipakainya ketika berterawih semalam, tertidur di sofa, sementara anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menggeledahnya.

Sumber yang sama juga mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tindakan polis itu dan menyifatkan tindakan itu sebagai pembalasan dendam.

“Nampak macam pembalasan dendam Mahathir sudah menang. Saya harap dia gembira di mana jua dia sedang tidur sekarang,” katanya.

Malam tadi, pihak polis telah menyerbu kediaman peribadi Najib dan lima lagi kediaman lain termasuk Pavillion Residence Kuala Lumpur dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Hasil dari serbuan itu, polis telah mengambil barang-barang peribadi bekas pemimpin berkenaan untuk disiasat.

Tun Dr Mahathir sebelum ini pernah menegaskan beliau tidak akan mengamalkan politik dendam dan lebih memberi fokus kepada menyelesaikan masalah negara. Dalam pertemuannya dengan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, beliau mendedahkan Gani dipecat ketika menyiapkan kertas siasatan terhadap Najib berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Sumber : Lobak Merah, The Reporter

Hikayat Dunia
“Kevin Morais Yang Salurkan Maklumat Mengenai Kes Penyelewengan 1MDB Kepada Saya” – Clare Brown

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown mendedahkan, mendiang Kevin Morais yang menyalurkan maklumat mengenai siasatan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang pernah menjadi anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Saya dihubungi secara langsung oleh orang itu (yang menyiapkan kertas pertuduhan). Saya rasa dia adalah …

Hikayat Dunia
KP SPRM Dedahkan Yang Beliau Pernah Diugut & Diintip Ketika Siasatan 1MDB Dulu..

22 Mei – Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang baharu, Dato’ Sri Haji Mohd Shukri Abdul telah mengadakan satu sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Beliau tampil dalam sidang media tersebut dan menceritakan pengalaman beliau ketika menyiasat kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum beliau dikatakan bersara …

Hikayat Dunia
Di usia 92 Tahun, Tun M Pandu Kereta Sendiri Untuk Memimjau Apa Yang Terjadi Di Kuala Lumpur..

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel Kenapa Dr Mahathir pandu sendiri kereta Ini bukan kali pertama Perdana Menteri Malaysia ke 7, Tun Mahathir memandu kereta sendiri. Beliau tidak menggunakan pemandu peribadi dan pada usia yang menjangkau 93 tahun beliau masih kuat dan boleh pandu sendiri. Sebelum ini akhbar Sinar Harian …

%d bloggers like this: