[KEJAM!!] Bayi 11 Bulan Dikejarkan Ke Hospital Dipercayai Didera.. Apa Yang Doktor Temui Dalam Badan Bayi Itu Amat Mengejutkan..!!

Hikayat Dunia

UZBEKISTAN: Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan telah dikejarkan ke hospital Tashkent untuk menerima rawatan lanjut selepas dipercayai dia telah di dera.

Apa yang mengejutkan doktor yang merawatnya adalah doktor berjaya mengesan 16 jarum yang tertanam di dalam bayi lelaki terbabit.

Menerusi imbasan x-ray yang dibuat, jarum berkenaan dipercayai berada di beberapa bahagian badan bayi terbabit termasuklah di bahagian jantung, leher, tulang belakang, usus dan juga pundi kencingnya.

Doktor memberitahu bahawa bayi itu telah dibawa ke hospital selepas ibunya mendapati bahawa suhu badan mangsa terlalu tinggi dan mangsa juga dikatakan sukar untuk membuang air kecil.

Pada awalnya, doktor tersebut menyangka bahawa bayi itu menghidap penyakit radang paru-paru namun dia terkejut apabila mendapati badan bayi terbabit dipenuhi jarum selepas ujian x-ray dilakukan.

Doctors find 16 sewing needles inside baby in horrific abuse case

Akibat daripada itu, doktor kemudiannya segera melakukan pembedahan ke atas bayi itu yang mana telah mengambil masa kira-kira sembilan jam sebelum mengeluarkan 13 jarum dari badannya.

Proses mengeluarkan jarum itu dilakukan oleh pakar jantung di mana mereka telah mengeluarkan tiga jarum dari dadanya manakala sembilan lagi dikeluarkan dari perut dan satu dari bahagian leher.

Officials said the needles had been in the baby's body for at least a month, reports said.

Bayi tersebut dikatakan akan menjalani satu lagi pembedahan untuk membuang jarum yang selebihnya di mana pembedahan ini tidak akan membahayakan nyawa bayi tersebut.

Bagaimanapun, doktor menjelaskan bahawa kemungkinan jarum itu telah dimasukkan oleh seseorang ke dalam badan bayi tersebut dan turut menafikan dakwaan bahawa bayi itu terjatuh atau tertelan jarum.

Doctors find 16 sewing needles inside baby in horrific abuse case

Menurut sumber, bayi tersebut dipercayai telah mengalami penderitaan tersebut selama sebulan sebelum dibawa ke hospital akibat demam.

Doctors find 16 sewing needles inside baby in horrific abuse case

Sementara itu, pihak polis mula menyiasat kejadian ini untuk mengesan suspek di sebalik kejadian kejam ini.

Dalam pada masa yang sama, ibunya berkata bahawa dia telah membesarkan anaknya itu bersendirian memandangkan suaminya bekerja di Russia.

“Saya tinggal dengan ibu. Orang lain tidak pernah datang ke rumah kami. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku,” tegasnya. Sumber: Metro

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: