[KEJAM!!] ‘Mana Pergi Otak Kau..?!! Mandulkan Kucing Dengan Cara Ikat Telur Sampai Putus..!!

Hikayat Dunia

Ni nak tnya sikit dah berapa ramai orang penah buat ajaran sesat ni eh. Mandulkan di klinik tak nak Diseksanya kawan tu konon cara BAJET! Elok-elok doktor buat dalam keadaan bius, tak menyakitkan, dan tak menyeksa si bulus,boleh pulak ada ajaran sesat ni ajar orang eh..

Cube rasa sendiri ikat telur sendiri, seminggu pulak tu! Nak kena tunggu sampai jatuh,sakit tak sakit Kucing memanglah tak pandai cakap, kita ingat dia tak sakit! Belum lagi jangkitan kuman yang bakal dihadapi oleh bulus lepas prosedur ni. Sah-sah tak bersih dan tak selamat! Saya tahu kamu dalam group ni akan baca. Saya tak akan bagitahu siapa yang buat saya harap kamu baca dan tidak lagi mengulangi prosedur yang sama!

Tali dipercayai telah diikat di bahagian atas telurnya dan dipercayai dibiarkan begitu lama hingga meninggalkan kesan luka yang berjangkit

Tali itu dipercayai telah dibuka dan kucing malang ini telah dibebaskan. Kucing ini dipercayai telah mandul akibat jangkitan kuman di bahagian peranakannya.

Percayalah, kalau kita berlaku kejam pada haiwan, doa orang teraniaya itu makbulkan. Kau mandulkan dia dengan cara kejam kalau tak didunia kau dibalas, di akhirat balasan Allah itu pasti.

Apa Salah Kucing Aku, Jiran Aku Lemaskan Dia Dan Campak Bangkainya Depan Pintu Pagar..

Tinggal di kawasan perumahan teres dan yang sewaktu dengannya, adalah penting untuk menjaga haiwan peliharaan masing-masing. Usah dibiarkan berkeliaran sehingga mendatangkan ketidakselesaan pada jiran-jiran yang lain.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh jiran Amalieena ini adalah sangat keterlaluan. Menurut Amalieena, seekor kucingnya dilemaskan dalam plastik dan diletakkan di depan rumahnya. Amalieena mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh jirannya yang bengang dengan kucing peliharaannya yang selalu bermain di hadapan rumah jirannya itu.

Tak tahu nak cakap macam mana. Perasaan marah membuak-buak dalam diri bercampur perasaan sedih. Bayangkanlah baru balik kerja, ternampak salah seekor kucing kegemaran saya mati dalam beg plastik dan diletakkan di hadapan rumah.

Saya sangat sedih dengan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ini sanggup melemaskan kucing saya sampai mati, sebab hanya kepalanya sahaja yang basah. Kemudian diletak pula di hadapan rumah tuannya.

Tahu pula itu kucing saya. Memang perangai jiran yang sangat kurang ajar.

Jangan tanya kenapa tuhan bagi kesusahan pada keluarga kamu. Saya memang tidak akan maafkan perangai manusia yang tidak berhati perut seperti ini.

Kalau kamu tidak suka kucing itu bermain di depan rumah kamu, maklumkan kepada kami dan kami boleh kurung dia. Bukan begini caranya nak menyelesaikan masalah.

Cuba bayangkan anak kamu dipenggal kepalanya dan diletak di hadapan rumah. Agak-agaknya apa yang kamu rasa pada ketika itu?

Kita manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir, jadi berfikirlah. Bukannya bunuh kucing orang sesuka hati.

Takziah buat Amalieena. Kepada individu yang tidak menggemari kehadiran kucing, usahlah bertindak melampaui batas sehingga tergamak meragut nyawa haiwan yang tidak bersalah. – AMALIEENA

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: