[KEJAM!!] Wanita Dirompak Dan Dicekik Sehingga Mati Oleh Pemandu Teksi Online..!

Hikayat Dunia

Wanita terbabit dikatakan hilang sejak 17 Mac yang lalu sehingga kehilangannyua telah menimbulkan tanda tanya apabila dia dikatakan tidak munculkan diri ketika temu janji dengan pelanggannya.

Dalam pada itu, penemuan mayat wanita terbabit juga telah berjaya membongkar misteri apabila dia dikatakan telah dirompak serta turut dibunuh oleh pemandu teksi online yang mana pemandu terbabit merupakan pasangan kembar.

Mangsa yang dikenali sebagai Yun Siska Rohani, 29, dikatakan telah dirompak dan dibunuh dengan kejam oleh pasangan kembar yang bekerja sebagai pembawa teksi online itu.

Namun, ketika mayatnya itu berjaya ditemui, tiada sebarang identiti yang ditemukan namun tangan mangsa dipercayai terikat manakala kepalanya turut diserkup dengan plastik.

Menceritakan mengenai kejadian terbabit, Yun yang merupakan seorang perunding perkahwinan di Jakarta terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi online itu untuk bergerak dari sebuah hotel ke hotel yang lain di atas urusan kerja.

Namun, sebaik sahaja mangsa mulai mendaftar perjalanan terbabit secara online, pemandu yang ditempahnya itu dikatakan tidak menghantarnya ke lokasi yang hendak dituju sebaliknya pemandu tersebut membawa mangsa berpusing-pusing di sekitar bandar terbabit.

Dalam pada masa yang sama, suspek juga turut mengikat tangan mangsa serta mengugutnya untuk menyerahkan wang tunai selain memaksa Yun mengeluarkan kesemua wang miliknya di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Menurut sumber daripada pihak berkuasa, difahamkan, kedua-dua suspek meminta wang daripada mangsa sebanyak RM6,000 (IDR20 juta).

Oleh kerana mangsa gagal untuk mendapatkan wang itu, suspek bertindak meneruskan perjalanan ke Bogor sebelum bertindak mencekik leher mangsa sehingga meninggal dunia sebelum mereka berdua melarikan diri.

Menurut Ketua Polis Bogor, AM Dicky menyatakan bahawa kedua-dua suspek itu telah lama merancang untuk melakukan rompakan dan penyeksaan terhadap kesemua penumpang teksi online yang menempah perkhidmatan mereka.

Hasil daripada siasatan yang dilakukan, akhirnya kedua-dua suspek berjaya ditangkap ketika mereka berada di rumah mereka.

Sementara itu, bapa kepada mangsa, Supandi mengakui dia redha dengan pemergian anaknya itu dan turut berharap agar tindakan yang setimpal dikenakan ke atas suspek yang telah membunuh anaknya.

Sumber: Astro Awani via onlinenews

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: