[KEJI!!!] AKIBAT TAKUT DIUGUT SUAMI, ISTERI BENARKAN ANAK DIROGOL BAPA KANDUNGNYA SELAMA 3 TAHUN..!!

Hikayat Dunia

Selalunya apabila kita mengetahui diri atau orang lain di dalam masalah, kita akan bertindak melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa supaya tindakan lanjut dikenakan secepatnya. Lagi-lagi kalau masalah itu menimpa anggota keluarga kita sendiri. Yelah siapa yang mahu anggota keluarga kita sendiri dianiaya, kan? Namun apa yang berlaku di Saratok sebaliknya pula.

Menurut NST, seorang ibu bertindak mendiamkan diri apabila mengetahui anaknya menjadi hamba seks kepada bapa kandungnya. Kejinya!

Ibu berkenaan yang berusia 40 tahun mengatakan bahawa dirinya telah diugut oleh bapa mangsa atas cubaan masuk campur dan disebabkan itu dia tidak berani melaporkan hal berkenaan kepada sesiapa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, siasatan masih dijalankan untuk memastikan “kesahihan” tuntutan yang dibuat oleh ibu mangsa.

Si anak yang sudah tidak tahan akan penderaan seksual yang dilakukan bapanya kemudian mengadu akan masalahnya itu kepada pihak kaunselor sekolah. Dia juga melaporkan bahawa dia telah dirogol oleh bapanya sebanyak tujuh kali sejak dia berusia 12 tahun.

Tambahnya lagi, dirinya telah dirogol buat pertama kali di sebuah pondok yang terletak di ladang kelapa sawit Kabong pada tahun 2014 dan insiden selebihnya telah mengambil tempat di rumahnya sendiri di Kampung Kabong. Ish apa punya bapa ni!

Si bapa yang juga seorang petani telah pun ditahan polis dan akan direman sehingga 1 September untuk siasatan lanjut. Kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang akan membawa kepada hukuman penjara maksimum selama 30 tahun dan juga sebatan jika disabitkan bersalah.

Macam-macam kes zaman sekarang. Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama atau tahu sesiapa yang mengalami masalah sedemikian, laporkan sahaja kepada polis. Kenapa nak sorokkan benda yang salah? Kalau takut diugut, biarkan polis saja yang uruskan.

Sumber :lobakmerah

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: