Lelaki Berusia 23 Tahun ‘Terperangkap’ Dalam Jasad Bayi, Cuma Mampu Bertutur ‘Mama’, Dan Dianggap Sebagai Jelmaan Tuhan

Hikayat Dunia

Manpreet Singh, 23, dilahirkan di Punjabi pada 1995, namun kini beratnya hanya cuma 4 kg sahaja. Satu punca misteri yang masih belum dapat dirungkaikan membuatkan Manpreet dilihat seolah-olah terperangkap dalam jasad bayi berusia 1 tahun. Malah dia yang tidak mampu berjalan, perlu dibawa kemana-mana persis anak kecil yang perlu didukung ibunya.

Walaupun Manpreet dilahirkan sebagai seorang bayi yang sihat tubuh badan, namun dia berhenti membesar setahun kemudian sebelum sempat belajar untuk berjalan dan bercakap. Keadaan itu menyebabkan ia perlu diuruskan seperti seorang bayi walaupun hakikatnya sudah pun dewasa.

Keluarga Manpreet sendiri bingung dengan keadaan yang menimpa anak mereka. Malah, doktor yang merawat hanya sekadar memberi pendapat bahawa ia mungkin mempunyai kaitan dengan ketidak seimbangan hormon.

Saintis bagaimanapun berpendapat Manpreet mungkin menghidap penyakit Sindrom Laron, satu kejanggalan genetik yang sangat-sangat jarang berlaku. Namun kenyataan tersebut tidak dapat dibuktikan memandangkan ibu bapanya tidak mampu untuk menyediakan wang lebih daripada RM 27 ribu yang diperlukan untuk membuat pemeriksaan.

Mereka yang menghidapi sindrom Laron mempunyai masalah dengan hormon Insulin-Like Growth Factor 1 atau IGF1. Penghidap ketiga yang berjaya ditemui di dunia kini hidup di Ecuador.

Ibu bapa Manpreet yang tidak mampu menjaganya memandangkan mempunyai dua lagi anak yang lain, kemudian bertindak menyerahkannya kepada bapa dan ibu saudaranya untuk dibela.

Kehadiran Manpreet di kejiranan baru di Hisar lantas menjadi sensasi baru penduduk setempat hingga ada yang menganggap Manpreet adalah jelmaan Tuhan. Walaupun mempunyai badan seperti bayi, tetapi fizikal Manpreet seperti kulitnya menunjukkan tanda-tanda penuaan.

Malah, Manpreet hanya mampu menyebut beberapa perkataan sahaja menyebabkan penjaganya terpaksa memahami kehendak Manpreet melalui pergerakkan badannya.

”Manpreet menggeletar seperti bayi dan mudah takut. Apabila dia mendengar bunyi anjing menyalak, dia merasa takut dan menangis. Manpreet juga kadang-kadang seorang yang mesra dengan jiran yang berkunjung, dia menghulur tangan seolah-olah ingin berkawan dengan mereka,” kata bapa saudaranya, Karanvir Singh, 45.

”Manpreet sukakan susu dan roti. Dia gemar untuk menikmatinya di waktu pagi dan tidak pernah terlepas. Walaupun dia cuma mampu menuturkan perkataan seperta ‘ma’ dan ‘mama’, dia belajar berkomunikasi melalui pergerakkan anggota badannya,” kata ibu sandaranya pula, Lakhwinder Kaur.

 

Sumber : Daily Mail

Hikayat Dunia
“Kevin Morais Yang Salurkan Maklumat Mengenai Kes Penyelewengan 1MDB Kepada Saya” – Clare Brown

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown mendedahkan, mendiang Kevin Morais yang menyalurkan maklumat mengenai siasatan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang pernah menjadi anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Saya dihubungi secara langsung oleh orang itu (yang menyiapkan kertas pertuduhan). Saya rasa dia adalah …

Hikayat Dunia
KP SPRM Dedahkan Yang Beliau Pernah Diugut & Diintip Ketika Siasatan 1MDB Dulu..

22 Mei – Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang baharu, Dato’ Sri Haji Mohd Shukri Abdul telah mengadakan satu sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Beliau tampil dalam sidang media tersebut dan menceritakan pengalaman beliau ketika menyiasat kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum beliau dikatakan bersara …

Hikayat Dunia
Di usia 92 Tahun, Tun M Pandu Kereta Sendiri Untuk Memimjau Apa Yang Terjadi Di Kuala Lumpur..

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel Kenapa Dr Mahathir pandu sendiri kereta Ini bukan kali pertama Perdana Menteri Malaysia ke 7, Tun Mahathir memandu kereta sendiri. Beliau tidak menggunakan pemandu peribadi dan pada usia yang menjangkau 93 tahun beliau masih kuat dan boleh pandu sendiri. Sebelum ini akhbar Sinar Harian …

%d bloggers like this: