‘Memang Saya Akan Mengelak Kalau Nampak Dia’ – Jihan Pernah Kena ‘Sound Tepek’ Dengan Kak Zai..

Hikayat Dunia

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai status yang telah dimuatnaik oleh pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang mendapat pelbagai kecaman bukan sahaja dari netizen malah artis- artis di Malaysia. Walaubagaimanapun, pengkritik terbabit yang lebih dikenali sebagai Kak Zai telah memohon maaf kepada semua pihak.

Menerusi temubualnya bersama Astro Gempak, dia berkata status di Facebook itu adalah keluhan tentang apa yang telah dilaluinya ketika menghadiri acara berkenaan. Dia juga menegaskan status tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa, menasihati atau menegur mana-mana pihak apatah lagi mengutuk individu yang memiliki berat badan berlebihan. Sebaliknya hanya sekadar berkongsi keluhan di Facebook kepada kenalan rapat sahaja. Malangnya, status itu disalahertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tambah beliau lagi, status itu ditujukan kepada lelaki yang duduk terkangkang sehingga mengganggu ruang duduknya. Dia merasa kurang selesa dan untuk menegur lelaki itu pada ketika itu dianggap kurang sesuai, lantas dia berkongsikan keluhan itu di Facebook.

Jihan Muse berkongsikan di Twitter pengalamannya ketika berdepan dengan Kak Zai. Jihan berkata, dia pernah ‘terkena’ satu ketika dulu. Semenjak kejadian itu, dia selalu mengelak jika ternampak Kak Zai. Dia berbuat demikian kerana takut dia akan bersikap kurang sopan.

Katanya lagi, apa yang telah berlaku jadikan sebagai pengajaran. Statusnya itu juga dibalas oleh Shila Hamzah yang mengatakan Kak Zai memang tidak akan memandangnya kerana berat badannya sudah melebihi 60 kilogram.

Image result for jihan muse dan shila amzah

“Pernah juga kena ‘sound tepek’ dengan dia satu ketika dahulu. Sejak dari hari itu memang mengelak kalau nampak dia. Bukan apa takut terkurang ajar.

“Apa yang kena pada dia hari ini pengajaran. Tapi jenganlah kita happy sangat, takut esok lusa hari kita pula,” kata Jihan.

“Aku memang dia tak pandanglah sebab dah lebih 60 kg,” seloroh Shila Amzah yang membalas tweet Jihan.

“Takpe Ji, biarkan saja dia. Kita doakan dia sudah,” katanya lagi.

Tidak ketinggalan juga, Rozita Che Wan atau Che Ta memuat naik komen ketidakpuasan hatinya terhadap Kak Zai di Instagram dengan gambar komen Kak Zai sebelum ini mengenai pengurus Che Ta.

Che Ta memerli Kak Zai dengan mengatakan permohonan maaf sudah dibuat atau itu hanyalah propaganda. Dia menambah, dia hanya ingatkan mulut sahaja yang jahat tetapi hati dan perut juga sama. Dia memerli lagi dengan mengatakan Kak Zai luar dan dalam buruk, berkedut seperti lace beropol.

Sumber : thereporter

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: