Niatnya Hanya Mahu Menyelamatkan Nyawa Seorang Lelaki Dengan Melakukan “Teknik CPR”.. Wanita Ini Dikecam Kerana Dikatakan Menggunakan Cara Yang ‘Kurang Sopan’..

Hikayat Dunia

Niat wanita ini tiada lain melainkan melakukan teknik pertolongan cemas CPR ke atas seorang lelaki yang denyutan jantungnya telah terhenti. Namun, tindakan mulianya dikecam segelintir netizen yang sempit pemikiran.

Semuanya kerana gara-gara wanita muda ini mempraktikkan teknik pertolongan cemas tersebut dengan pakaian dan caranya yang ternampak ‘kurang sopan’.

Peeraya Saena yang juga dikenali sebagai Nong Jaen, seorang wanita muda berusia 20 tahun dilihat sedang melakukan teknik pertolongan cemas CPR ke atas seorang lelaki yang sedang nazak apabila aksinya itu telah dirakam dengan rakaman video oleh orang awam di tempat kejadian. Denyutan nadi lelaki tersebut telah terhenti dalam satu kejadian kebakaran di Chan Road Soi 51 di Thailand.

Terdapat segelintir netizen yang melihat video tersebut di internet telah mengecam Nong Jaen kerana beliau tidak sepatutnya memanjat dan berada di atas badan lelaki tersebut yang berada di atas pengusung dan caranya itu kurang sopan dan tidak bersesuaian.

Namun majoriti netizen memuji tindakan pantasnya itu dan menganggap Nong Jaen sebagai wira. Wanita muda ini telah melakukan segala yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang tidak dikenali.

Seorang wanita muda menerima kecaman dan komen negatif daripada segelintir kumpulan netizen yang berkata caranya menyelamatkan lelaki ini tidak bersesuaian dan kurang sopan ketika memberikan pertolongan cemas CPR

Ketika insiden berlaku, Nong Jaen telah menerima panggilan telefon daripada rakan dengan memberitahunya terdapat perkara kecemasan di kawasan kediamannya.

Nong Jaen adalah pelajar universiti tahun pertama dan menerima panggilan secara mengejut dan semasa kejadian tidak memakai pakaian seragam pertubuhan yang disertainya.

Nong Jaen mempunyai kelayakan dan pengalaman serta dilatih untuk melakukan teknik pertolongan cemas CPR. Beliau juga kerap menjadi ahli sukarela pasukan pertolongan cemas dengan menyertai satu pertubuhan yang dikenali Ruam Katanyu secara konsisten selama tiga tahun.

Apabila menerima panggilan itu, Nong Jaen tidak berfikir panjang dan dengan segera telah ke tempat kejadian lalu cuba memberikan bantuan yang termampu olehnya.

Nong Jaen tiba bersama dengan pasukan perubatan yang lain apabila mendapati mangsa kebakaran tersebut, Aran Inthirom yang berusia 60 tahun telah mengalami sawan dan tidak sedarkan diri ketika bergegas menyelamatkan harta benda di dalam kebakaran tersebut.

Gadis ini berkata, “Saya tidak memikirkan bagaimana rupa pertolongan cemas dilihat. Apa yang paling penting ialah menyelamatkan nyawa lelaki ini dan mendapatkan kembali denyutan nadi dan jantungnya.”

Ketika Aran sudah tidak lagi dikesan mempunyai denyutan nadi, Nong Jaen telah menawarkan diri untuk mengambil alih untuk melakukan CPR yang telah dilakukan oleh ahli perubatan yang lain terlebih dahulu.

Mereka menyedari Aran perlu dihantar ke hospital dengan segera dan Nong Jaen memberikan bantuan sementara mereka membawanya ke hospital.

Nong Jaen berkata, “Keadaan sangat kritikal dan perjalanan yang sempit ke ambulans adalah sejauh 300 meter. Adalah amat penting bagi saya melakukan CPR sepanjang perjalanan ke ambulans dan saya tiada pilihan lain selain melompat naik ke atas badannya dan terus melakukan CPR.”

Kata wanita muda ini lagi, “Sudah tentu ada cara yang betul untuk melakukan CPR iaitu dengan berada di sebelah mangsa tetapi dalam keadaan ini, cara tersebut tidak dapat dilakukan. Saya tidak langsung dapat berfikir untuk melihat bagaimana rupa saya melakukan CPR, saya hanya mahu menyelamatkan nyawa seorang lelaki dan mendapatkan kembali denyutan jantungnya.”

Malangnya, lelaki ini tidak dapat diselamatkan walaupun pasukan perubatan telah bertungkus lumus menyelamatkan nyawanya untuk terus bertahan.

Aran Inthirom telah meninggal dunia pada 1 Mac 2018 di Hospital Charoen Krung. Walaupun begitu, kakak kepada mangsa telah menyokong tindakan mulia yang dilakukan oleh Nong Jaen untuk menyelamatkan nyawa adik lelakinya. Nong Jaen telah melakukan segala yang termampu untuk menyelamatkan Aran.

Peeraya Saena atau Nong Jaen telah dianugerahkan sijil khidmat cemerlang dalam kerja sukarela oleh wakil rakyat Surachai Liangbunlertchai.

Nong Jaen terus melakukan pertolongan cemas CPR ke atas lelaki ini sehingga dia dibawa ke ambulans kerana beliau tidak mahu berputus asa untuk menyelamatkan nyawa mangsa.

Para doktor yang menyambut lelaki ini di hospital telah bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Nong Jaen dan mereka berpendapat prosedur pertolongan cemas CPR secara betul dan tepat adalah dengan berada di sisi pesakit.

Pihak hospital juga bersetuju Nong Jaen telah melakukan segala yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa lelaki ini dan mereka telah memuji tindakannya itu.

Dr Withawat Siriprachai yang mengetuai pasukan perubatan di hospital untuk menyelamatkan Aran berkata lelaki ini telah mengalami sawan dan penyakit diabetes yang dialami telah membuat keadaannya menjadi semakin buruk.

Semasa kebakaran tersebut, dia telah bergegas dan memaksa dirinya untuk menyelamatkan harta benda lalu telah menyebabkan dia mengalami sawan dan kehilangan denyutan jantungnya.

Era Baru

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: