Pengantin Dikecam Main ‘Mobile Legend’ Sebelum Akad Nikah, Kakak Ipar Tampil Jelaskan Perangai Sebenar Lelaki Ini

Hikayat Dunia

Semalam telah tular dua keping foto yang menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap serta bersongkok yang menunggu masa untuk majlis akad nikahnya sedang leka bermain permainan dalam talian Mobile Legend menerusi telefon pintarnya.

Gambar itu juga telah dimuat naik oleh laman rasmi Siakap Keli sendiri dan mendapat lebih 8,000 perkongsian dan 30,000 ‘Like’ menjadikan gambar tersebut antara yang paling ‘hangat di pasaran’ semalam.

Pelbagai komen yang telah dilontarkan oleh netizen mengenai gambar tersebut. Ada positif, tak kurang juga ada yang melemparkan komen-komen yang negatif. Sejujurnya niat Siakap keli memuatnaik gambar tersebut kerana kejadian itu ‘rare’ dan tidak berniat untuk mengaibkan lelaki tersebut.

Namun, selepas beberapa ketika gambar itu dimuatnaik, muncul satu pengguna Facebook, Gincu Merah yang juga pengikut Siakap Keli yang mengaku kakak ipar kepada lelaki berkenaan berkata adik iparnya itu tidak seperti apa yang dikecam netizen.

Beliau seorang graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kini membuka sebuah restoran kerana sukar untuk mencari pekerjaan ketika ini. Kaka iparnya juga mengatakan, beliau sendiri yang menjadi chef di restoran tersebut dan dibantu oleh emaknya sendiri.

Lelaki itu juga dikatakan seorang yang rajin dan selalu membantu keluarga membuat kerja-kerja di dapur dan mengemas rumah.

Nie adik ipar aku ni. Mungkin akad nikah jer main game. Tapi dia x la seperti yg korang sangkakan. Dia anak sulung dr 2 beradik sgt bertanggungjawab. Grad UKM. Susah dpt keje bukak restoran dia la chef. Mak dia tlg ambikkan order.

Esok pagi lepas kenduri pergi belakang rumah aku tolong sapu sampah2 yg berselerak kt belakang rumah tu. Lepas ty tgh hr duduk bersila kt dapur tolong mak aku koyak bawang ambikkan serai kat tanah tu haa nak buat sup tulang utk family aku seiisi keluarga. Jangan tau kecam jee tauuuu. hihi

Sumber : Siakap Keli

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: