‘Perginya Sebutir Bintang’. Pelumba Cub Prix Zaidy Mohamad Zaifaizal Mahendran Maut Dalam Kemalangan. Al-Fatihah..

Hikayat Dunia

PELUMBA Cub Prix Zaidy Mohamad Zaifaizal Mahendran tidak sempat menyambut kelahiran anak ketiganya apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 22.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat Pajam, Nilai, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian pada 2 pagi, pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang berusia 27 tahun terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur.

Image result for Zaidy Mohamad Zaifaizal

Isterinya Nurul Ain Nor Azli, 24, yang sarat mengandung lapan bulan hanya mengetahui tragedi menimpa suaminya sebaik dimaklumkan oleh kakak ipar pada 2.30 pagi.

“Ketika itu, saya berada di rumah bersama dua anak lelaki berusia lima dan dua tahun di Selayang (Selangor). Saya terima panggilan daripada kakak ipar memberitahu suami terbabit kemalangan.

“Saya menghubungi telefon bimbit suami untuk mendapatkan kesahihan. Seorang lelaki menjawab panggilan dan memberitahu suami saya sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban.

Image result for Zaidy Mohamad Zaifaizal

Menurut Nurul Ain, sebelum kejadian arwah menjemputnya pulang dari bekerja di Kuala Lumpur sebelum keluar semula untuk bertemu rakannya.

Katanya, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan dia reda dengan ketentuan Ilahi.

Jenazah arwah dibawa pulang ke kampung halamannya di Batu Feringghi, Pulau Pinang untuk dikebumikan selepas solat Asar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, siasatan awal mendapati motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa hilang kawalan dipercayai cuba mengelak objek di atas jalan menyebabkannya terbabas ke lorong kanan.

“Pada masa sama, seorang lagi penunggang Dzul Fikar Idris, 27, yang berada di lorong tengah mengelak melanggar motosikal mangsa menyebabkan dia turut terbabas dan terjatuh.

“Zaidy disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Dzul Fikar hanya cedera ringan,” katanya siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Al-Fatihah..

Sumber : hmetro

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: