PERLU TAHU! Penjelasan Doktor Kenapa Rahim Wanita Tidak Perlu Diurut Selepas Beranak.

Hikayat Dunia

Rahim wanita adalah organ tubuh yang paling ajaib. Saiz kecil tapi masih boleh menampung tempat untuk bayi membesar selama 9 bulan. Namun selepas bersalin ada sesetengah wanita cukup risau dengan istilah rahim jatuh jika tidak diurut, ataupun tiada peluang untuk memakai bengkung.

Image result for rahim wanita hamil

Mari kita baca pengkongsian doktor Imelda Balchin di bawah, moga ini dapat membantu menguraikan keraguan para ibu di luar sana.

Soalan 1 

Adakah urutan rahim atau pemakaian bengkung akan mengecutkan rahim selepas bersalin?

Soalan 2

Adakan ‘sengkak naik”berkesan untuk memulihkan masalah peranakan jatuh (uterine prolapse)?

 

Jawapan Doktor Untuk Soalan 1 Dan 2

Pertama sekali mari kita kenal secara basic. Anda baring atau berdiri, carilah tulang di antara peha anda. Ini adalah tulang pubis (pubic bone).
Di atas tulang ini adalah abdomen wanita, dan dari tulang pubis ke bawah adalah bahagian pelvis wanita.  Tulang pubis ini melindungi organ dalaman wanita seperti rahim, pundi kencing dan ovari wanita.

Image result for tulang pelvis wanita

Wanita yang tidak hamil mempunyai saiz rahim yang biasa (7.5cm, dan kita tidak boleh mengurut rahim dari bahagian abdomen di atas tulang pubis ini disebabkan kedudukannya di bawah dan di dalam pelvis.) Untuk wanita hamil pula, selepas 12 minggu kehamilan, rahim akan membesar dan naik keluar dari pelvis ke bahagian abdomen, di mana saiz akan mencecah lebih kurang 10-11cm.

Selepas bersalin, rahim akan menguncup dengan segera ke kedudukan di antara pusat dan tulang pubis. Pengaliran darah dari jantung ke rahim akan mula berkurangan dan ketebalan selaput dalam dinding rahim (endometrium) semakin nipis kerana hormon estrogen sudah tidak ada daripada uri. Sel-sel selaput endometrium ini akan dilepaskan semula sebagai darah nifas.

Kedua-dua faktor (pengurangan darah dan hormon) akan menyebabkan rahim mula mengecil sedikit demi sedikit hingga hampir ke saiz asalnya, di mana beza untuk rahim wanita pernah hamil adalah hanya cm lebih besar daripada rahim wanita yang tidak pernah hamil.

Berdasarkan kajian ultrasound di banyak negara seperti Switzerland, France, Korea dan lain-lain, kadar pengecilan rahim adalah lebih kurang sama dan tempoh yang diambil adalah sehingga 60 hari. Kebanyakan negara juga tidak mengamalkan urut atau bengkung, lebih membiarkan cara semulajadi badan untuk membaikpulih sendiri.

Hari pertama selepas bersalin – saiz purata rahim adalah 18cm
Hari kedua selepas bersalin – saiz purata rahim adalah 17cm
Hari ketujuh selepas bersalin – saiz purata rahim adalah 14cm
Hari kesepuluh selepas bersalin – saiz purata rahim adalah 11cm

Purata di atas menunjukkan bahawa dalam tempoh sepuluh hari sahaja, rahim sudah mengecil kembali ke paras tulang pubis dan tidak boleh diurut kerana kedudukan rahim tidak boleh dicapai melalui urutan. Oleh itu, rumusannya adalah walaupun tanpa bantuan urutan dan bengkung, rahim wanita akan tetap mengecut secara semulajadi selepas melahirkan anak.

Diharap perkongsian ini akan membantu para ibu-ibu di luar sana untuk memahami dan menambah pengetahuan berkenaan dengan organ tubuh wanita yang paling penting. Walau bagaimanapun, penjagaan fizikal  seperti tidak mengangkat berat semasa pantang dan sebagainya masih perlu diambil kita untuk membolehkan badan pulih dengan sebaik-baiknya.

 

Sumber : Mingguan Wanita

 

 

Hikayat Dunia
“Handsomenya Macam Daddy Dia” – Walaupun Baru Berusia 7 Tahun, Ramai Puji Anak Lelaki Eizlan Yusof Kacak Macam Bapanya.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sememangnya diketahui mempunyai wajah tampan meskipun usianya kini sudah mencecah 46 tahun. Sejak dari tahun 1990-an, ramai yang kagum dan juga memuji kekacakan aktor ini. Tak keterlaluan juga jika dikatakan makin lama makin berseri wajah Eizlan Yusof. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu Eizlan …

Hikayat Dunia
Inilah Sebab Sebenar Mengapa Eira Syazira Sekeluarga Mengambil Keputusan Berpindah Ke Jakarta..

Diam-diam ubi berisi, begitulah yang boleh diibaratkan aktiviti pelakon Eira Syazira. Menerusi penjelasannya baru-baru ini dalam sidang media, dia akan menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin. “Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air …

Hikayat Dunia
Kenapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee butakan watak ‘Kassim Selamat’? Rupanya ini sebab yang mengejutkan..!!

Hari ini genap usia 89 tahun hari kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terus dikenang dalam memberi sumbangan besar pada industri seni nusantara. Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi. Bagi peminat …

%d bloggers like this: