“Pokok Rambutan Rumah Aku Pun Selamba Dipanjatnya.. Memang Serupa Beruk!”- Pelik Tengok Perangai Akak Ipar Aku Ni..

Hikayat Dunia

Salam. Tahun lepas aku dapat seorang lagi kakak ipar. Abangku yg ke-5 berkahwin. Dalam ramai2 abang aku, dia la yang paling hensem. Tapi isterinya bagi aku biasa2 saja. Tak cantik, kulit agak gelap. Dr mula bertunang lagi, aku macam frust jugak la. Ingtkn kakak ipar ni cantik lawa la sampai abang aku tu beriya2 suruh ummi aku pergi meminang sampai ke pantai timur kami pergi.

Kawan2 aku excited nak tgk gambar kakak ipar aku, tapi aku malu sebab kakak ipar aku biasa2 je. Abg aku jumpa dia dua kali je lepas tu terus pinang. Bertunang dalam 3bulan mcm tu terus nikah.

Image result for bertunang

Lepas kawin, kakak ipar aku ni, kakna duduk dgn kami. Gayanya agak kasar, dan dia memang lasak mcm jantan. Aku sendiri kadang hairan kenapa abang aku sayang sangat dekat dia. Pernah sekali, aku nampak dia panjat tangga, tukar lampu dapur sorang2. Pokok rambutan belakang rumah aku pn selamba sahaja dipanjatnya. Masa tu aku ingat lagi, aku geleng kepala dan ckp kt ummi, kakna dh serupa beruk. Dia xdela pandai sgt masak, tp dia selalu tolong ummi kt dapur.

Kadang2 dia tolong ambil adik aku kat asrama, adik aku bagitau kakna bawak kereta mcm org gila, laju mcm bawak ferrari. Tapi kakna dalam kasar2 dia, suara dia agak lembut walaupun nyaring sikit. Kalau anak2 saudara aku datang, dia memang suka melayan. Baca buku cerita, main colour2 dan lukis, sampai kadang2 ada yang taknak balik, nak tido dengan kakna. Kakna pandai layan kerenah budak2.

Kakna ni jenis yg happy go lucky jgk la. Kalau tengok tv sorang2 pn dia boleh gelak mcm langsuir. Tak pernah aku tengok dia ada masalah.kdg2 kalau org tanya dh berisi ke belum, air mukanya berubah jugak, tp lepas tu kakna sengeh saja.

Ada sekali tu aku baru balik rumah dgn abg aku, tengok kakna tgh pnjat bumbung. Punya la cuak aku menjerit kakna dh gila ke apa. Masa tu abg aku pn melaung sama marahkn dia. Rupanya dia nk ambik anak kucing kt atas bumbung, katanya kesian dr td mengiau xreti trun. Abg aku marah2 smpai menangis kakna. Itulah pertama kali aku lihat dia menangis. Tp dlm sedu tangisan sempat dia jawab, abg ingat ana boleh tido ke kalau kucing ni mati sbb jatuh dr bumbung?

Baru2 ni, ummi aku sakit trgelincir dlm blik air. Kakna la siang mlm jaga ummi. Kakna aku ni ada lulusan ijazah nurse,walaupn x kerja tp skill dia cukup mantap bg aku yg xpernah jaga org sakit ni. Mandi, tukar lampin, suap makan,semua kakna buat. Sampaikan aku sdri segan dgn dia. Aku sdri ni pn rasa agak kekok nk uruskn ummi, mujur ada kakna. Pernah aku slow talk ngn ummi, mintak maaf sbb xdpt jaga ummi sepenuh masa.

Ummi ckp xpe, kakna ada. Ummi tau aku xsuka kakna, ummi ckp jgn nilai org luaran sahaja. Tengok dlm ramai2 kakak ipar kamu yg lawa2 tu, ada ke diorg sanggup tggu ummi kt hospital dlu. Aku rasa bersalah sgt kt kakna.

Teringat dlu pernah aku ckp2 belakang pasal kakna. Jahatnya aku. Skrg ummi dh boleh bjalan balik, guna tongkat. Kakna masih duduk dgn kami, walaupn abgku dh beli rumah lain. Kata kakna, nk jaga ummi dlu. Rumah tu xpe, xlari pun.

Hubungan aku dgn kakna pn semakin baik. Beberapa hari yg lalu aku sempat tanya abgku, knp syg sgt dgn kakna? Abg aku jawab, mula2 jatuh cinta dgr suara. Lepas tu abg uji sikit2, alhamdulillah abg yakin dgn pilihan abg. Aku tnye la, abg xrasa ke kakna tu kasar sikit? Abg aku jawab, dalam bilik lain. Hahahahaha. Bongok gak abg aku ni.- Maya

Sumber: IIUM

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: