“Saya Tak Tahu Pulak Dia Jutawan, Tak Tengok Pulak Akaun Bank Dia..” – Nelydia Senrose Tak Sangka…

Hikayat Dunia

Baru-baru ini, perkongsian gambar sebentuk cincin oleh Nelydia Senrose mencetuskan spekulasi dikalangan peminat yang menyangka pelakon cantik itu bakal berkahwin. Namun, Nelydia menjelaskan cincin tersebut adalah pemberian dari kekasih.

Nelydia mengakui dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz, namun masih menunggu masa sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

“Sudah tentu saya sudah bersedia. Cuma kena tunggu masa sesuai sampai betul-betul Allah berikan jodoh bilakah untuk saya berkahwin,” katanya kepada Media Hiburan.

Image result for nelydia tayang cincin

Apabila ditanya sama ada kekasihnya itu kini bergelar jutawan seperti yang diperkatakan oleh netizen, Nelydia sendiri tidak mengetahui tentang status jejaka tersebut.

“Saya pun tak tahu dari mana orang kata dia jutawan. Saya sendiri tak ada jawapan tersebut. Dia seorang ahli perniagaan, tentang status dia jutawan ke tidak saya tak tahu. Tak tengok pulak bank akaun dia. Jadi orang boleh cakap,” ujarnya.

Related image

Tambah Nelydia lagi, dia kini masih sibuk dengan kerjaya dan dia akan kongsikan berita gembira tersebut jika sudah sampai masanya.

BERITA BERKAITAN;

Related image

Pada ketika ini Nelydia Senrose sedang berbahagia bercuti luar negara, tapi selain itu hati Nelydia juga seolah turut ‘berbahagia’ apabila memuat naik gambar sebentuk cincin di jarinya semalam di laman Twitter.

Perkongsian Nelydia itu sedikit sebanyak mencetuskan spekulasi dikalangan peminat yang menyangka pelakon kesayangan mereka itu bakal berkahwin. Malah laman Twitternya juga turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat.

Selain berkongsi foto cincin di jari manisnya, beberapa gambar perkongsian Nelydia di Instagram juga menunjukkan beliau sangat gembira dan bahagia pada ketika ini melalui kepsyen-kepsyen sweet dan romantis.

Terdahulu ada gosip bertebaran mengenai hubungan Nelydia dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Mr.H. Pun begitu Nelydia tidak bersembunyi di sebalik hubungan itu, beliau tidak menolak andai ada jodoh berdua.

Kalau benar perkhabaran ini, tahniah diucapkan kepada Nelydia yang tidak lama lagi bakal menamatkan zaman bujangnya. Kecewa habislah jejaka-jejaka diluar sana tu membaca berita ini kan! (rtky/w)

Sumber: https://www.rotikaya.com/tak-tahu-dia-jutawan-tak-tengok-pula-akaun-bank/

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: