‘Sebagai Bekas Mangsa Geledah Pada Awal Subuh, Saya Tidak Setuju’ – Nurul Izzah

Hikayat Dunia

Lapan jam berada di kediaman bekas Perdana Menteri, polis membawa keluar tiga kotak berisi barangan peribadi dari kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, menurut laporan Astro Awani.

Kotak tersebut mengandungi beg tangan, pakaian serta hadiah milik bekas perdana menteri itu.

Namun, ada yang merasakan serbuan yang diadakan pada malam semalam itu tidak sewajarnya diadakan.

Geledah malam dan awal pagi tidak sesuai

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak bersetuju dengan tindakan pihak polis menyerbu rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada waktu yang tidak sesuai.

Lebih 15 kenderaan dan sebuah trak polis masuk ke perkarangan rumah bekas Perdana Menteri di Taman Duta di Kuala Lumpur itu, 10.15 malam tadi.

Sebagai bekas mangsa geledah polis pada awal subuh, saya mesti menyatakan rasa tidak bersetuju ini terhadap tindakan menggeledah mana-mana kediaman pada waktu awal pagi dan tidak bersesuaian.

Mohon polis terap prinsip keadilan

Ini kerana katanya, sebarang tuduhan, siasatan perlu dilakukan dengan bijak. Malah, beliau memohon polis sentiasa menerapkan prinsip keadilan dan berhemah dalam melakukan siasatan.

Bagaimanapun, tiada dokumen dirampas, sebaliknya hanya barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah diambil polis sebagai bukti dari kediaman Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Harpal Singh Grewal, mengesahkan perkara itu kepada pemberita sebaik keluar dari kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, 4.25 pagi tadi.

Sumber: Utusan OnlineHarian Metro

Hikayat Dunia
“Kevin Morais Yang Salurkan Maklumat Mengenai Kes Penyelewengan 1MDB Kepada Saya” – Clare Brown

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown mendedahkan, mendiang Kevin Morais yang menyalurkan maklumat mengenai siasatan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang pernah menjadi anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Saya dihubungi secara langsung oleh orang itu (yang menyiapkan kertas pertuduhan). Saya rasa dia adalah …

Hikayat Dunia
KP SPRM Dedahkan Yang Beliau Pernah Diugut & Diintip Ketika Siasatan 1MDB Dulu..

22 Mei – Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang baharu, Dato’ Sri Haji Mohd Shukri Abdul telah mengadakan satu sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Beliau tampil dalam sidang media tersebut dan menceritakan pengalaman beliau ketika menyiasat kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum beliau dikatakan bersara …

Hikayat Dunia
Di usia 92 Tahun, Tun M Pandu Kereta Sendiri Untuk Memimjau Apa Yang Terjadi Di Kuala Lumpur..

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel Kenapa Dr Mahathir pandu sendiri kereta Ini bukan kali pertama Perdana Menteri Malaysia ke 7, Tun Mahathir memandu kereta sendiri. Beliau tidak menggunakan pemandu peribadi dan pada usia yang menjangkau 93 tahun beliau masih kuat dan boleh pandu sendiri. Sebelum ini akhbar Sinar Harian …

%d bloggers like this: