Sungguh Mulia Hati Dato Seri Anuar, Lihat Soalan Pertama Yang Diajukan Kepadanya Oleh Wartawan Ini Terbaik

Hikayat Dunia

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau dibebaskan sepenuhnya tanpa sebarang syarat selepas mendapat pengampunan daripada Yang di-Petuan Agong, Sultan Muhammad V.

Jelas Anwar, dengan pengampunan itu segala rekod jenayah lampau beliau terpadam secara automatik.

“Saya nak jelaskan satu perkara berkaitan kebebasan ini. Kita tak mohon keampunan kerana kesalahan disabitkan tetapi kita tuntut kebebasan kerana fitnah dan salah guna kuasa serta apa yang disebut sebagai perjalanan yang bercanggah dengan prinsip keadilan.

“Jadi prinsip ini yang diterima Yang di-Pertuan Agong dan membebaskan saya serta membersihkan sama sekali semua rekod sebelum ini,” katanya pada sidang media di kediamannya sebaik tiba dari Istana Negara, sebentar tadi.

Malah, Anwar berkata beliau juga tidak perlu menandatangani dokumen tamat tempoh hukuman dari Penjara Sungai Buloh.

“Tadi pengarah sungai buloh dan kakitangan temui saya untuk memaklumkan secara rasmi bahawa saya tak perlu tandatangan apa-apa kerana saya dibersihkan sama sekali daripada segala pertuduhan dan hukuman,” katanya.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Anwar maafkan Tun M, Najib

Anwar memberi kucupan mesra kepada isteri kesayangannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kediaman mereka di Bukit Segambut, Rabu.

Beberapa jam selepas dibebaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka bukan sahaja mengakui telah memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi juga Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umum PKR itu berkata, beliau kini mahu meneruskan kehidupannya dan menghargai kebebasan penuh yang diperkenankan Yang Di-pertuan Agong.

“Jika melibatkan hal peribadi, saya telah maafkan dia (Najib), tetapi dia perlu jawab sebarang isu mengenai pertuduhan rasuah terhadapnya,” katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Segambut, di ibu negara, Rabu.

Ketika menjawab soalan mengenai kerjasamanya dengan Dr Mahathir, beliau berkata, beliau mengutamakan kepentingan negara lebih daripada perkara lain.

“Memang ramai yang bertanya, ramai yang ingin tahu mengenai kerjasama saya dengan Tun (Mahathir) dan saya telah maafkan Tun.

“Melihat pengorbanannya dan usaha beliau yang membawa kepada kebebasan saya, serta sokongan kepada agenda reformasi, ia umpama deja vu,” katanya.

 

SUMBER : MSTAR ONLINE

DARI MEDIA MANA WARTAWAN BERTUAH YANG BERJAYA MENANYAKAN SOALAN PERTAMA KEPADA ANWAR IBRAHIM?

Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjawab soalan wartawan dan media yang dia pilih adalah dari wakil TV3.

Beliau secara berseloroh menyatakan “nampak soalan pertama saya bagi pada TV3” dan ketika itu ramai ketawa.

Ini mungkin disebabkan isu kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada TV3 diatas fitnah terhadap beliau tentang kes Tragedi Lahad Datu dulu.

Beliau memenangi saman tersebut dan mahkamah mengarahkan TV3 untuk membayar sebanyak RM1.1 Juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Sidang Media Pembebasan Anwar Ibrahim

Kredit: Buletinnetizen

Hikayat Dunia
“Kevin Morais Yang Salurkan Maklumat Mengenai Kes Penyelewengan 1MDB Kepada Saya” – Clare Brown

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown mendedahkan, mendiang Kevin Morais yang menyalurkan maklumat mengenai siasatan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang pernah menjadi anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Saya dihubungi secara langsung oleh orang itu (yang menyiapkan kertas pertuduhan). Saya rasa dia adalah …

Hikayat Dunia
KP SPRM Dedahkan Yang Beliau Pernah Diugut & Diintip Ketika Siasatan 1MDB Dulu..

22 Mei – Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang baharu, Dato’ Sri Haji Mohd Shukri Abdul telah mengadakan satu sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Beliau tampil dalam sidang media tersebut dan menceritakan pengalaman beliau ketika menyiasat kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum beliau dikatakan bersara …

Hikayat Dunia
Di usia 92 Tahun, Tun M Pandu Kereta Sendiri Untuk Memimjau Apa Yang Terjadi Di Kuala Lumpur..

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel Kenapa Dr Mahathir pandu sendiri kereta Ini bukan kali pertama Perdana Menteri Malaysia ke 7, Tun Mahathir memandu kereta sendiri. Beliau tidak menggunakan pemandu peribadi dan pada usia yang menjangkau 93 tahun beliau masih kuat dan boleh pandu sendiri. Sebelum ini akhbar Sinar Harian …

%d bloggers like this: