TAHUKAH KITA TEMPAT SEJARAH YANG PERNAH DIHANCURKAN MALAIKAT JIBRIL DENGAN SAYAPNYA?!

Hikayat Dunia

Siapa Jibril

Telah disebutkan sebelumnya, 15 abad yang lalu Jibril pernah turun di langit Mekah, antara langit pertama dan muka dunia. Di dalam Alquran dan hadits dijelaskan pula bahwa Jibril beberapa kali turun ke bumi untuk berjumpa dengan kekasih-kekasih Rab-Nya atau menghukum para pendosa yang derhaka

Penyampai Wahyu dan Pendidik Umat

Pada masa kerasulan Muhammad ﷺ, Jibril pernah turun ke tanah Madinah menemui kekasih Rab-Nya, Muhammad ﷺ. Ia datang sebagai pengantar kalam Ilahi atau sebagai pendidik para sahabat Nabi.

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadits dari ibunda Aisyah radhiallahu ‘anha menjelaskan bagaimana wahyu datang kepada Nabi ﷺ. Aisyah berkata, al-Harits bin Hisyam pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ

يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يَأْتِيكَ الْوَحْيُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ فَيُفْصَمُ عَنِّي وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِي الْمَلَكُ رَجُلًا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُولُ

“Wahai Rasulullah, bagaimanakah cara wahyu sampai kepadamu?” Beliau ﷺ menjawab,”Terkadang wahyu itu datang kepadaku seperti suara lonceng, dan inilah yang terberat bagiku, dan aku memperhatikan apa dia katakan. Dan terkadang seorang malaikat mendatangi dengan berwujud seorang lelaki, lalu dia menyampaikan wahyu kepadaku, aku pun memperhatikan apa yang dia ucapkan.”

Beberapa kali Jibril datang kepada Nabi dengan sifat-sifat kemalaikatannya. Keadaan inilah yang berat bagi Nabi. Dan terkadang ia datang dengan bentuk seorang lelaki.

Umar pernah bercerita bahawa ada seorang lelaki yang mengenakan pakaian putih bersih dan rambut yang sangat hitam datang menemui Nabi ﷺ. Tidak ada seorang sahabat pun yang mengenal lelaki itu, tetapi ia kelihatan begitu dekat dengan Nabi. Ia bertanya tentang Islam, iman, dan ihsan. Di akhir pertemuan Nabi bertanya kepada Umar, “Wahai Umar, tahukah engkau siapakah dia?” “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Jawab Umar. “Sesungguhnya dia Jibril. Dia datang untuk mengajarkan agama kepada kalian”. Sambung Rasulullah ﷺ (HR. Muslim).

Ada salah seorang sahabat Nabi ﷺ yang Jibril suka menyerupainya saat menjadi manusia. Namanya Dihyah bin Khalifah al-Kalbi. Dari Anas, Nabi ﷺ bersabda, “Jibril datang serupa dengan fisik Dihyah. Dan Dihyah adalah seorang laki-laki yang tampan”. (Siyar A’lamin Nubala, Hal: 554).

Panglima Perang Para Malaikat

Saat situasi genting di Perang Badar. Umat Islam yang berjumlah tiga ratus beberapa belas orang dengan tanpa persenjataan lengkap melawan 950 pasukan musyrik Mekah dengan perlengkapan perangnya. Jibril datang atas perintah Allah dengan membawa ribuan pasukan malaikat dari langit ke-3.

Rasulullah ﷺ mengabarkan kepada Abu Bakar, “Bergembiralah wahai Abu Bakar. Pertolongan Allah datang. Ini Jibril di giginya ada debu-debu (dari medan perang)”. (Fiqhu ash-Shirah, Hal: 408).

Dalam hadits yang lain, beliau bersabda,

هَذَا جِبْرِيْلُ آخِذٌ بِرَأْسِ فَرَسِهِ عَلَيْهِ أَدَاةُ الْحَرْبِ

“Ini adalah Jibril sedang memegang kepala kudanya, dan ia membawa peralatan perang.” (HR. al-Bukhari, no. 3995).

Bagaimana kiranya, jika Jibril yang perkasa turut membantu dalam peperangan? Pasukan mana yang akan menderita kekalahan ketika Allah telah memberikan pertolongan sedemikian? Saat kemenangan diraih, ribuan malaikat itu tidak serta merta menghabisi semua musuh yang ada di medan perang. Inilah hikmah agama kita yang mulia, 950 orang musyrik itu tidak dibinasakan terus. Perang dalam Islam bukan berarti membunuh dan menyiksa. Jika Allah menghendaki, tentu saja ribuan malaikat dari langit ketiga itu mampu menghabisi mereka semua. Namun di akhir peperangan hanya 70 orang musyrik yang tewas dan 70 lainnya ditawan.

Keperkasaan Jibril, Adzab Atas Kaum Sodom/Nabi Luth

Lalu bagaimana dengan Jibril? Makhluk ciptaan Allah yang perkasa dan dianugerahi pula kecerdasan.

عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ﴿٥﴾ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَىٰ

“Yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat. Yang mempunyai akal yang cerdas; dan (Jibril itu) menampakkan diri dengan rupa yang asli.” (QS. an-Najm: 5-6).

Jibril pernah mencongkel bumi seluas lima desa kemudian mengangkatnya ke langit, dan membalikkannya hanya dengan satu sayap kanannya. Ya, Jibril mengangkat kampung kaum Nabi Luth untuk mengadzab mereka.

Kaum Luth adalah kaum pendosa. Mereka telah menyekutukan Allah, mendustakan Rasulullah Luth ﷺ, berbuat kotor dengan homoseksual yang belum pernah dilakukan oleh orang sebelum mereka.

Kisah azab mereka bermula dengan kedatangan Jibril, Mikail, dan Israfil dengan bentuk lelaki tampan dan gagah menemui Rasulullah Luth. Tiga orang tetamu yang rupawan ini membuat Luth merasa cemas, khawatir kalau kaumnya akan mengganggu mereka.

“Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka, dan dia berkata: ‘Ini adalah hari yang amat sulit’.” (QS.Huud: 77).

Kerana khianat isteri Nabi Luth, kehadiran para tamu Nabi Luth pun diketahui ke telinga kaum gay ini. Bertambahlah kegelisahan Luth. Beliau yanga sangat memuliakan tamu dan tidak ingin tamunya terganggu dan tersakiti.

Luth berkata: “Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan)”. (QS.Huud: 80).

Akhirnya para utusan itu berkata:

Para utusan (malaikat) berkata: “Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka kerana sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?”. (QS. Huud: 81).

Syahwat syaitan kaum Luth makin memuncak liar tak terbendung. Malam itu, mereka mencuba menmecahkan pintu rumah Nabi Luth. Lalu Jibril memukul wajah-wajah mereka dengan ujung sayapnya hingga mereka menjadi buta. Dengan terhuyung-huyung mereka kembali ke rumah. Lalu Jibril memerintahkan Luth agar keluar bersama orang-orang beriman lainnya. Dan datanglah azab yang pedih kepada kaum Luth.

Di pagi hari, Jibril mencungkil bumi kampung kaum Luth dengan satu sayapnya. Kemudian ia angkat ke langit pertama dengan segala isinya. Hingga penduduk langit mendengar jeritan manusia-manusia, salakan suara anjingnya, dan kokok ayam yang ada di dalamnya. Setelah itu ia membalikkan bongkahan besar itu, bahagian bawah diputar menjadi bahagian atas. Lalu dilemparkan kembali ke bumi. Diikuti hujan batu dari sijjil.

Qatadah mengatakan, “Sampai kepada kami bahwa Jibril mengangkat bahagian tengah desa. Kemudian ia lemparkan ke langit. Hingga penduduk langit mendengar salakan anjing mereka. Bahagian-bahagiannya pun saling menghancurkan.” (Tafsir al-Quran al-Azhim, tafsir Surat Hud: 82-83).

Muhammad bin Ka’ab al-Qurazhi mengatakan, “Kampung kaum Luth itu ada 5 kampung; Sodom (Arab: سدوم) –inilah kampung terbesar-, Sha’bah (Arab: صعبة), Sha’wa (Arab: صعوة), Atsra (Arab: عثرة), dan Duma (Arab: دوما) (Tafsir al-Quran al-Azhim, tafsir Surat Hud: 82-83).

Allah al-Aziz Yang Maha Perkasa, bayangkan!! Daratan sebesar lima desa, dicongkel dan diangkat begitu saja menuju langit yang tingginya. Mata yang lemah, yang tidak tahu berapa jarak pastinya. Pohon-pohon, istana dan bangunan kukuh, manusia dan haiwan, serta segala macam isinya melayang ke ufuk dengan satu sayap makhluk yang perkasa. Jika demikian apalah artinya kita?

Mudah-mudahan dengan mentadabburi makhluk Allah, Jibril ‘alaihissalam, membuat kita semakin takut dan taat kepada Allah. Kita hayati kebesaran-Nya dalam takbir solat kita, kerana Dialah al-Akbar. Kita agungkan Dia dalam rukuk-rukuk kita, kerana Dialah Rabb al-Azhim. Kita tinggikan Dia dalam sujud-sujud kita, kerana Dialah Rabb al-A’la. Innahu ‘ala kulli syai-in qodir… (Dia kuasa atas segala sesuatu)…

Sumber:
– al-Asyqar, Umar bin Sulaiman. 1995. Alam al-Malaikah al-Abrar. Dar an-Nafa-is.
– Katsir, Ibnu. Tafsir al-Quran al-Azhim.
– al-Khomis, Utsman bin Muhammad. 2010. Fabihudahum Iqtadih. Kuwait: Dar al-Ilaf ad-Daulah.
– al-Utsaimin, Muhammad bin Shalih. 1433 H. Syarhu Riyadhush Shalihin. Riyadh: Madar al-Wathan li an-Nasyr.

Oleh Nurfitri Hadi (@nfhadi07)
Artikel www.KisahMuslim.com

Sumber:kisahmuslim.com

 

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: