Wanita Ini Tunjukkan Hidangan Apa Yang Dapat Dimakan Untuk Harga $600 (RM2,400) Di Salah Sebuah Restoran Terbaik Di Dunia..!

Hikayat Dunia

Apakah yang anda bayangkan makanan apa yang akan dihidangkan untuk makan di salah sebuah restoran terbaik di dunia?

Itulah persoalan yang timbul daripada seorang pelajar dari Australia ini. Apabila dia melawat San Francisco, dia menghabiskan $600 (RM2,400) di restoran paling mahal di California.

Dia berkongsi gambar hidangan dan maklum balas mengenai hidangan itu dengan pengguna Imgur.

Sudah tentu, gambar tidak dapat menggambarkan pengalaman sebenar tetapi ia mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda untuk memasak sesuatu yang istimewa untuk makan malam anda.

Kredit: © Hoptail/imgur

Dia menggunakan nama panggilan Hoptail di Imgur.

Kredit: © Daily Casa‏/twitter

Pada tahun 2014, restoran Saison mendapat pengikhtirafan restoran terbaik sepanjang tahun.

Tukang masak tidak membeli barangan basah yang diimport sebaliknya mendapatkan produk tempatan daripada nelayan, pemburu, dan petani tempatan.

Jadi mari kita mulakan dengan teh! Setiap cawan teh mempunyai yarrow, chamomile, hisop, limau balsem, Douglas fir, dan anise.

Semuanya dipetik segar daripada ladang restoran itu dan digandingkan dengan air lemon panas. Gadis itu mendakwa ia adalah “teh paling enak yang pernah saya rasa dalam hidup saya.”

Kredit: © Hoptail/imgur

Kemudian hidangan daripada kombinasi bayam, kelp, dan kaviar. Daun bayam dipetik pada peringkat awal pertumbuhan, yang membuatkan ia mempunyai rasa halus.

Kelp dipanggang dalam mentega yang dibuat daripada susu seekor lembu yang dipelihara di ladang restoran tersebut. Kaviar dimasak mengikut resipi khas.

Kredit: © Hoptail/imgur

Hidangan sashimi ini adalah daripada ikan turbot – spesies ikan sebelah. Kepingan ikan mentah yang dihiris nipis dengan begitu cantik. Gadis itu berkata, “ia adalah hidangan ikan mentah yang sangat enak yang pernah saya cuba.” Dia juga telah dihidangkan dengan satu lagi hidangan daripada ikan yang sama – dipanggang dengan sos soya dan dihiasi dengan physalis.

Kredit: © Hoptail/imgur

Selepas itu dia dihidangkan dengan hidangan kerang Geoduck. Menurut pendapat gadis itu, hidangan itu tidaklah begitu istimewa. Ia hanya rasa kenyal dan perapan telah menghilangkan rasa sebenar kerang Geoduck itu.

Kredit: © Hoptail/imgur

Hidangan lain yang mengagumkan adalah landak laut segar digandingkan dengan roti panggang yang dilumur dalam sos yang dibuat daripada bahan roti tersebut. Walau bagaimanapun, dia bukan satu-satunya pelanggan yang memberikan ulasan yang baik pada hidangan ini. Dalam banyak ulasan mengenai Saison, landak laut mendapat penilaian yang paling baik.

Kredit: © Hoptail/imgur

Hidangan seterusnya adalah lobak putih yang dihiris nipis dengan mentega di atasnya. Di bawahnya terdapat kiub lobak putih yang diperap, Ia adalah kombinasi yang sangat baik daripada landak laut berkrim dengan rasa pahit lobak putih. Keserasian hidangan di menu itu dibuat khas oleh tukang masak Saison.

Kredit: © Hoptail/imgur

Kemudian mereka menghidangkan 3 jenis labu panggang. Jenis pertama dihiasi dengan emping sotong dan yang kedua dihiasi dengan krim mentega. Kedua-dua hidangan itu hebat. Hidangan yang ketiga adalah isi labu dalam minyak biji labu, terlalu masin dan tidak lazat.

Kredit: © Hoptail/imgur

Anda mungkin fikir ia adalah masa untuk pencuci mulut. Tidak, sudah tiba masanya untuk hidangan daging.

Yang pertama ialah daging kijang yang dimasak sederhana disumbat dengan radicchio dan salad herba. Ini semua dilengkapi dengan biskut dan mentega madu. Menurut gadis itu, filet daging kijang menyerupai rasa daging rusa dan daging lembu.

Kredit: © Hoptail/imgur

Selepas itu, mereka menghidangkan sup tulang kijang dengan rasa yang sangat lazat.

Kredit: © Hoptail/imgur

Akhirnya, pencuci mulut! Hidangan pencuci mulut yang pertama adalah ais krim. Cara penyediaannya tentu sekali tidak didedahkan oleh pihak restoran. Ais krim dihidangkan dengan karamel masin yang sangat lazat.

Kredit: © Hoptail/imgur

Bersama-sama dengan ais krim, dihidangkan juga cocoa nibs, kacang, walnut, dan kacang pain. Rasanya sangat lazat!

Kredit: © Hoptail/imgur

Hidangan pencuci mulut seterusnya adalah orange buttermilk creamsicle. Sangat berkrim dan ia mempunyai jeruk oren yang tersembunyi di bahagian bawah.

Kredit: © Hoptail/imgur

Beri biru bersirap, direndam dengan brandi. Brandi juga dituang di atasnya. Anda akan menyukai hidangan ini jika anda seorang peminat brandi.

Kredit: © Hoptail/imgur

Hidangan lain yang terkenal di restoran ini adalah bar coklat yang menyerupai “Snickers” yang dihiasi dengan kepingan emas. Coklat dimasak di restoran ini menggunakan karamel masin yang sama.

Kredit: © Hoptail/imgur

Selepas makan selama 4 jam, gadis itu diberikan beberapa cenderahati. Dia menulis, “Ini adalah pengalaman yang mengagumkan dan, bagi saya, sangat bernilai.” Selain makanan yang enak, Hoptail juga memuji suasana restoran itu yang begitu menakjubkan, dan servis yang baik daripada pekerja restoran tersebut.

Kredit: © Hoptail/imgur

Adakah anda mengira berapa banyak hidangan yang dapat anda makan di restoran ini dengan harga $600 (RM2,400)?

Sumber: Hoptail/imgur

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: