Wanita Menghina Rasulullah Didenda RM15,000, Penjara 6 Bulan..

Related image
Hikayat Dunia

Seorang suri rumah didenda RM15,000 dan dipenjarakan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas kesalahan mengeluarkan kata-kata yang menghina Nabi Muhammad SAW di kawasan sebuah masjid di sini, Mei tahun lalu.

Majistret Siti Hanum Md Sah turut memerintahkan tambahan hukuman penjara tiga bulan kepada tertuduh, Tham Yut Mooi, 46, jika gagal membayar denda.

Siti Hanum berpuas hati dengan keterangan serta bukti yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang mendapati tertuduh melakukan kesalahan berkenaan dengan sengaja.

Mengikut pertuduhan, Tham didakwa melakukan kesalahan itu jam 5.30 petang, pada 4 Mei 2016 di ruang solat Masjid Abu Ubaidah, Taman Perpaduan, Ulu Kinta dengan mengeluarkan kata-kata “Nabi Babi” yang dapat didengari tiga individu berbeza dengan niat disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan orang berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum setahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili peguam, WC Chiang.

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: