LELAKI INI MEMPELAWA 3 KANAK-KANAK ‘BERKAKI AYAM’ MAKAN DI SEBUAH RESTORAN. TIBA-TIBA SALAH SEORANG BERHENTI MAKAN DAN KATA-KATANYA MEMBUATKAN LELAKI ITU MENANGIS!

Hikayat Dunia

Seperti biasa sepasang kekasih sedang menjamu selera di sebuah restoran makanan segera, sehingga mereka menyaksikan sesuatu yang sangat istimewa.

Apa yang disaksikan oleh pasangan ini adalah seorang lelaki yang telah mempelawa sekumpulan anak-anak muda jalanan untuk makan. Tetapi, apa yang membuatkannya sedih ialah perbualan di antara lelaki dan salah seorang budak tersebut.

Patrisha Capillan bersama dengan teman lelakinya berada di sebuah restoran Jollibee di Filipina, dia telah ternampak tiga anak jalanan yang berkaki ayam di luar restoran itu.

Pada mulanya dia melihat seorang lelaki membeli begitu banyak makanan, mungkin lebih banyak daripada apa yang seseorang boleh makan. Setelah memesan makanan itu, lelaki itu memanggil anak-anak jalanan, dan mereka duduk di atas meja untuk makan bersama.

Selepas menyaksikan tindakan mulia lelaki ini, Capillan memutuskan untuk merakamkan perbuatan mulia lelaki tersebut dan memuat naiknya ke Facebook, di mana ia telah dtonton lebih daripada 1.7 juta kali.

Dalam video itu, Capillan merakam lelaki itu makan bersama tiga anak itu. Dia berasa tersentuh ketika dia memerhatikan mereka. Tetapi yang paling menyentuh adalah apabila salah seorang daripada kanak-kanak tersebut yang memakai pakaian warna hijau berhenti makan, dan lelaki itu bertanya mengapa.

Kanak-kanak itu menjawab bahawa dia mahu membawa makanan pulang kepada ibunya supaya ibunya juga dapat menikmati makanan itu. Perbualan mereka begitu menyentuh perasaan membuatkan Capillan menangis.

Apabila mendengar jawapan anak itu, lelaki tersebut telah pergi untuk memesan makanan lain untuk dinikmati oleh anak itu. Walaupun Capillan memulakan rakaman selepas perkara ini berlaku, adegan dalam klip video pendek ini tetap sangat menarik.

Selepas video itu dimuat naik ke Facebook, ramai netizen telah memuji lelaki itu, dan juga mengucapkan terima kasih kepadanya kerana memberi inspirasi kepada mereka.

Beberapa orang netizen berkata: “Saya sangat berbangga dengan anda.” Netizens lain juga menyatakan penghargaan mereka dengan berkata, “Tuhan memberkati, dan memberi rahmat kepada lelaki itu di atas kebaikannya.”

Sumber : KVM

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: