Lebih 50 Maut, 200++ Cedera Dalam Serangan Bersenjata Awam Paling Dahsyat Dalam Sejarah AS

Hikayat Dunia

 

AS – Lebih 50 terbunuh dan 200 cedera dalam satu serangan bersenjata di Mandalay Bay Resort and Casino di Las Vegas dalam kejadian hari ini.

Kejadian itu menjadikannya sebagai insiden tembakan paling dahsyat dalam sejarah A.S. moden.

Menurut beberapa video dari saksi yang dimuat naik ke media sosial, dapat didengar tembakan tanpa henti dilepaskan oleh penembak yang disifatkan sebagai ‘lone wolf’ oleh pihak berkuasa.

Dapat dilihat orang ramai bertempiaran lari apabila tembakan dilepaskan.

Penembak itu dikenali sebagai Stephen Paddock, seorang penduduk di Mesquite, Nevada yang berusia 64 tahun.

Stephen Paddock

Insiden itu mengambil tempat ketika penyanyi Jason Aldean sedang membuat persembahan di atas pentas di kawasan berkenaan.

Menurut Telegraph, lelaki itu ‘menyembur’ peluru dari tingkat 32 di Mandalay Bay sehinggakan ada pengunjung yang menyangka ianya persembahan bunga api. Motif kejadian masih belum diketahui.

 

Sumber : Siakap Keli, Morning Joe

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: