Ibu Dikecam Netizen Kerana Foto Tersebar Di Media Sosial Tanpa Mengetahui Cerita Di Sebaliknya.

Hikayat Dunia

Semua orang mempunyai pendapat mereka tersendiri  tentang bagaimana anda sepatutnya mengasuh anak anda , tetapi rumusannya adalah : Mereka bukan anak anda. Sudah tentu, membuat laporan kepada pihak berkuasa jika anda melihat keadaan bahaya adalah satu  idea yang baik, tetapi berkongsi foto dalam media sosial dengan harapan yang post anda itu menjadi viral?  Itu namanya jenayah buli siber.

Perkara ini berlaku kepada seorang ibu dari Illinois sekitar setahun yang lalu.

Sebagai jururawat kanak-kanak dan ibu kepada tiga orang anak, sememangnnya selamat untuk mengatakan bahawan Molly Lensing tahu apa yang dia lakukan dalam bidang penjagaan kanak-kanan. Tetapi apabila orang asing melihatnya dan bayinya di lapangan terbang, dia memutuskan untuk mengambil gambar dan berkongsi secara online.

Tanpa bertanya tentang keadaannya dan kenapa jadi sedemikian , orang itu terus upload gambar tersebut dan mengecam Molly dengan kata-kata nista di media sosial . Molly langsung tidak mengetahui akan kewujudan foto tersebut  selama berbulan-bulan – selepas ia telah menjadi viral dengan lebih daripada 60,000 perkongsian.

Kebanyakan pengulas cepat membuat kesimpulan dan mengecam Molly – sama seperti orang yang berkongsi foto itu. Sesetengah orang netizens mengenali namanya dan mula menghantar mesej private kepada Molly melalui Facebook.

Benar, satu gambar boleh mengungkap seribu makna , tetapi dalam kes ini, kata-kata itu benar-benar tidak tepat.

“Kami sebenarnya agak malang pada hari itu kerana terperangkap dalam situasi semasa  komputer Delta Ditutup. Saya telah memegang carrier Anastasia (anak Molly) selama berjam-jam. Lengan saya betul-betul letih, dan pada masa yang sama saya perlu berkomunikasi dengan semua ahli keluarga yang bertanya-tanya di mana kami berada, “kata Molly HARI INI.

Tersangkut di lapangan terbang sudah cukup memberi tekanan , ditambah pula dengan anak umur dua tahun, tiket penerbangan perlu diulang tempah berkali-kali, dan lebih daripada 20 jam mendengar pembesar suara memberitahu anda yang anda tidak boleh pergi ke mana-mana – saya pun boleh jadi gila … tetapi Molly tetap bertahan.

Walaupun ibu hebat ini masih lagi boleh melihat gambar ini yang kerap naik di media sosial, dia mengatakan bahawa dia hanya mengabaikan pandangan netizen dan  dan sebaliknya bersandar, “Pada orang yang betul-betul mengenali saya, mereka tahu siapa saya yang sebenarnya. Saya tidak berdaya melawan arus internet, dan saya tahu bahawa saya tetap adalah ibu yang terbaik untuk anak perempuan saya . Saya menghargai anak-anak saya dan dan hanya mahukan yang terbaik untuk mereka”

Sekira anda berfikir untuk berkongsi gambar di media sosial , fikir dahulu, cuba ketahui cerita yang sebenarnya terlebih dahulu,  atau lebih baik sekiranya anda bertanya terus jika anda boleh membantu – jangan sesekali membuat anggapan yang salah.

 

 

Sumber : Inspire More

 

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: