Padah Belasah Kakak Cleaner, Profesor Digantung Dari Universiti!!!

Professor Suffers Severe Backlash After Getting Caught Brutally Beating Up Female Cleaner - WORLD OF BUZZ 2
Hikayat Dunia

Pekerja cleaner selalu jarang dihargai dan kadang-kala dikecam dan dibuli di seluruh dunia,  dan sebagai contoh, satu insiden menyayat hati telah berlaku ke atas satu kakak cleaner ini di Xi’an, China.

Menurut Whatibo di Weibo, satu post status telah diupload di media sosial Weibo pada 4 Oktober  telah menarik perhatian warga netizens Cina, dan sekaligus menaikkan kemarahan netizen.

Netizen ini menulis tentang insiden buli yang disaksinya sendiri, di mana dia melihat seorang wanita dan seorang lelaki memaki hamun dan memukul seorang kakak cleaner sehingga cedera dan berdarah.

Kesalahannya? Kerana trak sampah yang dipandu oleh kakak cleaner parking kereta berharga mereka.

Professor Suffers Severe Backlash After Getting Caught Brutally Beating Up Female Cleaner - WORLD OF BUZZ

“Saya sedang berehat di rumah bila terdengar suara menangis di luar tingkap saya. Mulanya  ingat ia adalah budak yang dimarahi oleh ibu bapa mereka yang menangis, tetapi tangisan semakin kuat dan bunyi macam orang dewasa. Saya jenguk ke luar tingkap dan nampak kakak cleaner cuba bangun perlahan-lahan dari longgokan sampah di situ, macam baru kena tolak”

Wanita (rasanya tuan punya kereta) mula menujah-nujah kepala kakak cleaner itu sambil menjerit “Berapa banyak duit yang saya buat berbanding duit yang kamu buat?. Kamu tau tak yang kamu sekarang halang saya dari buat duit!!!??? ”

Kemudian ada lelaki datang dan mula membelasah kakak cleaner tanpa henti. Saya sudah tidak tahan melihatnya dan terus pergi ke arah mereka sambil menjerit kuat-kuat ” Kamu tak malu kah buli kakak cleaner ni!!?”, dan pasangan pembuli tersebut cuba lari tapi beberapa jiran telah turun dan mengepung mereka. Si pembuli lelaki cuba membela diri, siapkata ” Cleaner tu yang benarkan saya pukul dia”, padahal saksi lain mengatakan bahawa ini bukan kali pertama lelaki tu pernah memukul orang, siap kakak cleaner itu pernah ditendang lagi.

Netizen tersebut bergegas ke balai untuk membuat laporan polis, tapi bila sampai , ada pula seorang lelaki lain yang mengaku dia adalah assistant si pembuli lelaki tersebut dan kata yang si pembuli sebenarnya baru balik dari Jepun dan US, jadi dia tak berapa faham peraturan di sini. (jadi maksudnya dia tidak sure yang pukul orang bersalah tidak boleh?).

Tetapi dengan kuasa internet, akhirnya identiti si pembuli lelaki berjaya dikenalpasti dan rupanya adalah seorang Professor bernama Ge dan mengajar di Universiti Sains Dan Teknologi Shaanxi. Netizen yang upload post tersebut kemudian bocorkan identiti sebenar professor itu (dengan kuasa viral) kerana beliau rasa yang si Professor aka si Pembuli Cleaner ini tiday layak menjadi guru. Media China pula melaporkan kejadian, dan telah disahkan bahawa profesor tersebut telah digantung kerja dan kes kini dalam siasatan polis. Si pembuli wanita pula dilaporkan sebagai ahli keluarga Ge.

Professor Suffers Severe Backlash After Getting Caught Brutally Beating Up Female Cleaner - WORLD OF BUZZ 5

Professor Suffers Severe Backlash After Getting Caught Brutally Beating Up Female Cleaner - WORLD OF BUZZ 4

 

Selepas kes tersebut viral, Ge menulis satu surat pemohonan maaf dan dipost ke laman sosial rasmi Universiti Sains Dan Teknologi Shaanxi, menyatakan rasa kekesalan dan keinsafan atas perbuatanya ke atas kakak cleaner itu dan akan membiayai perubatannya. Tetapi pemohonan maaf tersebut dilihat tidak mencukupi dan sudah terlambat, siap kecam yang Ge memang tidak layak mengajar, perasan high standard sampai sanggup buli orang yang dianggap rendah taraf yang hanya cuba melakukan tugas mereka. Satu netizen siap mengatakan ” Nampak sangat level education dengan nilai moral kemanusiaannya tidak berhubung”.

 

Semoga keadaan kakak cleaner tersebut semakin baik, dan padan muka kepada si pembuli, harap2 terima hukuman yang setimpalnya.

 

 

Sumber : WOB, Weibo

 

 

Auto Draft
Hikayat Dunia
Telur Misteri. Apabila telur ini menetas, alangkah terkejut apabila melihat rupanya – rupanya…

Terdapat banyak spesies flora dan fauna di dalam dunia ini yang masih belum ditemui dan dikenali seperti telur yang dijumpai oleh pemuda ini di hutan. Pemuda ini menemui satu spesies unik yang berupa seperti telur burung yang aneh dan misteri. Dengan menyangka ia telur dari seekor burung, pemuda ini memerhati …

Hikayat Dunia
‘Memang Saya Akan Mengelak Kalau Nampak Dia’ – Jihan Pernah Kena ‘Sound Tepek’ Dengan Kak Zai..

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai status yang telah dimuatnaik oleh pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang mendapat pelbagai kecaman bukan sahaja dari netizen malah artis- artis di Malaysia. Walaubagaimanapun, pengkritik terbabit yang lebih dikenali sebagai Kak Zai telah memohon maaf kepada semua pihak. Menerusi temubualnya bersama Astro Gempak, …

Image result for selebriti yang pernah menjadi guru
Hikayat Dunia
6 Selebriti TOP Malaysia Ini Pernah Bergelar ‘CIKGU’! Pelakon Jelita No.3 Memang Tak Sangka Sangat!

Bergelar seorang pendidik adalah satu pekerjaan yang mulia kerana dapat membantu dan membimbing seseorang itu sehingga menjadi individu yang berjaya. Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, berikut kami kongsikan selebriti yang pernah bergelar pendidik: 1. Ana Rafali Peserta Gema Gegar Vaganza ini merupakan seorang …

%d bloggers like this: