Mati Dalam Keadaan Berpegangan Tangan, Setia Hingga Ke Hujung Nyawa – Kisah Benar Yang Sungguh Mengharukan!

Hikayat Dunia

Sesiapa yang telah berkahwin pasti tahu janji perkahwinan itu: “Hanya kematian memisahkan kita.” Kata-kata itu melambangkan tanda kekuatan ikatan perkahwinan yang hakiki, walaupun kadang-kadang manusia selalu mengingkarinya. Tetapi untuk sesetengah pasangan istimewa seperti Floyd dan Violet Hartwig, bahkan kematian pun langsung  tidak dapat memisahkan mereka berdua.

Pasangan ini mula berkenalan dari zaman sekolah rendah lagi, dan selepas habis sekolah, Floyd disenaraikan untuk memasuki Tentera Udara, tetapi pasangan tersebut masih meneruskan hubungan cinta mereka melalui kiriman lebih 100 keping surat cinta dan selalu curi-curi berjumpa setiap kali Floyd balik bercuti di kampung halaman mereka.

Image result for floyd and violet hartwig obituary

Image result for picture floyd and violet

Mereka akhirnya berkahwin pada 16 Ogos 1947, dan berpindah tinggal di sebuah ladang di Easton , California, di mana mereka menghabiskan sisa hidup mereka bekerja dan membesarkan 3 anak mereka bersama-sama.

“Apa yang kami selalu ingat adalah bagaimana mereka betul-betul berusaha dan bekerja keras di ladang” kata anak perempuan pasangan tersebut , Donna Scharton. “Ibu dan ayah selalu bekerja bersama-sama memetik kapas, memberi makan ternakan, dan selalu menyokong satu sama lain serta keluarga. Kamu boleh rasakan begitu nyata hubungan cinta mereka, dan ianya  semakin lama semakin kuat pada bulan-bulan terakhir hidup mereka”.

 

Image result for picture floyd and violet

Malangnya, dengan masa terus berlalu, Floyd dan Violet makin tua dan kesihatan mereka mula terganggu. Violet menderita penyakit dementia, dan sakitnya makin melarat dari hari ke hari.

Biarpun Floyd juga mengalami masalah kesihatannya sendiri, tetapi kerisauannya lebih kepada isterinya yang tercinta berbanding dirinya sendiri. Donna mengimbas kembali bagaimana Floyd sukar berdiri dan cepat lelah biarpun hanya berjalan beberapa langkah, tetapi masih lagi mengutamakan kesihatan dan keselesaan Violet, dan apabila Donna membawa kedua-duanya berjumpa doktor, Floyd selalu kata “Saya OK, tolong ubati Violet”.

Apabila kesihatan Violet semakin teruk, pihak keluarga mula membincangkan mendapatkan rawatan hospital pakar selanjutnya, tetapi mereka mendapat panggilan dari doktor yang membuatkan mereka terus terpana. Floyd sebenarnya mengalami kegagalan buah pinggang yang serius, dan doktor menganggarkan yang dia cuma ada tempoh dua minggu untuk hidup.

Floyd terpaksa ditahan di hospital, dan pihak keluarganya membawa Violet di sana juga supaya pasangan itu dapat menghabiskan hari terakhir mereka bersama-sama.

Apabila detik kematian Floyd sudah hampir dekat, seluruh keluarga – tiga anak, empat cucu, dan sepuluh cucu cicit – mengelilingi pasangan itu. Floyd jelas sedang berada dalam kesakitan yang amat sengit dan tidak mempunyai banyak masa, jadi keluarga menolak katil hospital pasangan tersebut kedua mereka lebih rapat dan mampu memegang tangan satu sama lain.

 

Image result for floyd and violet hartwig holding hands

Donna kata ayahnya ketara cuba sedaya upayanya untuk melawan penyakitnya sebab dia tidak mahu tinggalkan ibunya, tetapi tubuhnya terlalu lemah dan akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur 90 tahun.

5 jam kemudian, Violet juga mengikut suaminya menghembuskan nafasnya terakhir dalam keadaan masih berpegangan tangan di katil. Umurnya adalah 89 tahun.

Biarpun dalam keadaan sedih atas kematian Floyd dan Violet dalam selang beberapa jam, ahli keluarga tahu ini adalah apa yang sememangnya dikehendaki pasangan itu. Mereka selalu memberitahu anak-anak mereka bahawa keinginan mereka untuk mati di rumah dan bersama-sama.

Image result for floyd and violet hartwig obituary

“Kami berasa diberkati kerana itulah yang mereka mahu,” kata Donna dalam tangisannya. “Ia memang ditakdirkan, dan inilah cara pengakhiran kisah cinta mereka selama 67 tahun yang paling terbaik”

Image result for floyd and violet hartwig holding hands

“Mereka tidak pernah meminta apa-apa,” kata Donna. “Apa yang mereka mahu adalah keluarga mereka sahaja, dan impian tersebut berjaya direalisasikan di akhir hayat mereka.”

 

Sumber : Pelbagai

 

 

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: