“Arwah” Hadir Ke Majlis Pengebumiannya Sendiri, Suami Terkejut Sebab Dia Yang Upah Orang Untuk Bunuh Arwah!!!

Hikayat Dunia

Pada tahun 2004, Noela Rukundo, seorang ibu kepada lapan orang anak , tiba di Australia sebagai pelarian Afrika. Begitu juga dengan seorang lelaki yang bernama Balenga Kalala, di mana kedua-duanya akhirnya berkahwin.

Pada Januari 2015, Noela kembali ke Burundi di Afrika timur untuk menghadiri pengebumian ibu tirinya. Semasa berehat di bilik hotelnya, Noela menerima panggilan telefon dari suaminya Kalala yang mencadangkan agar dia keluar untuk mengambil udara segar.

Noela bersetuju dengan cadangan suaminya itu. Malangnya semasa dia sedang mengambil angin di luar, seorang lelaki yang misteri telah berjalan terus ke arahnya. Lelaki itu tiba-tiba mengacu pistol dan memberi arahan kepada Noela supaya jangan menjerit. Dia memaksa Noela utuk masuk ke dalam sebuah kereta dan memandu ke sebuah bangunan terpencil.

Noela kemudian diikat pada kerusi, dan terdengar penculiknya mengatakan yang mereka perlu memanggil “bos.”

“Apa yang kau telah lakukan kepada lelaki ini?” Penculik itu bertanya kepadanya. “Mengapa orang ini meminta kami membunuhmu?” Tetapi Noela sama sekali tidak tahu apa atau siapa lelaki yang mereka maksudkan.

“Suami kau!” Penculik berteriak.

Noela memanggil mereka pendusta. Mustahil Kalala yang merancang semua ini!

“Biar saya call orang yang telah membayar kami untuk membunuh kau,” kata mereka sambil mendail telefon dan menggunakan loudspeaker. Dengan jelas dan dengan hati yang luluh, dia mendengar suara suaminya sendiri di loudspeaker berkata, “Bunuh dia.”

Noela terus ditahan selama dua hari sehingga penculik akhirnya melepaskannya pergi tanpa memberitahu Kalala.

“Kami tidak membunuh wanita dan kanak-kanak,” kata mereka kepadanya. Lelaki yang diupah untuk membunuh Neola merancang untuk meminta lebih banyak wang dari Kalala dan tapi akan  berbohong mengatakan yang Noela sudah mati.

Lelaki itu juga mempunyai arahan mengejutkan untuk Noela: Beritahu kaum wanita lain, tinggalkan suami mereka yang ganas.

Noela kembali ke Australia secara senyap-senyap, dan dapat tahu yang  majlis “pengebumian” khas untuknya akan diadakan . Noela berjaya menyelusup masuk semasa majlis sedang berlangsung, dan sebaik selepas paderi habis membaca doa , Noela terus muncul di altar dan berhadapan dengan suaminya sendiri.

Suaminya benar-benar terkejut beruk. Dia balik-balik mengosok matanya dan terus menyentuh bahu Noela dalam keadaan tidak percaya, tetapi apabila menyedari yang ärwah isterinya”sebenarnya masih hidup, mukanya bertukar menjadi nampak bersalah dan dan agak kecewa . Dia terus serta merta meminta maaf, tetapi Noela terus menghubungi polis dan melaporkan semuanya.

Pada mulanya, Kalala menafikan plot pembunuhan itu. Tetapi rupa-rupanya penculik itu memberi pihak berkuasa suara rakaman Kalala yang merancang pembunuhan tersebut dan transaksi pemindahan wang sebagai bukti kontrak, rancangan Kelala akhirnya terbongkar dan tidak mampu memberi penjelasan nyata yang mengapa dia sanggup berbuat jahat sebegitu terhadap isterinya.

Kalala mengaku bersalah atas dakwaaan cubaan membunuh dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun.

Biarpun masih dihantui dengan peristiwa hitam ini tetapi Noela tetap yakin. “Saya akan tetap berdiri seperti seorang wanita yang kuat. Keadaan saya, masa lalu saya? Itu hilang. Sudah sampai masa saya memulakan kehidupan baru sekarang. ” katanya kepada The Washington Post.

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: