SAMPAI HATI!!! WANITA BERUSIA 92 TAHUN DIKURUNG DALAM KANDANG OLEH ANAK DAN MENANTU SELAMA BERTAHUN-TAHUN

Hikayat Dunia

Semua ibu sayangkan anak sendiri. Sembilan bulan sepuluh hari dia bersusah payah untuk mengandung, , biarpun perlu lalui banyak keperitan dan kesakitan dan perlu bersabar, dan juga perlu mempertaruhkan nyawanya ketika melahirkan anak tersebut. Begitulah besarnya pengorbanan seorang yang di panggil ibu. Sebab itu Allah sendiri mengangkat darjat seorang ibu sangat tinggi di sisi agama dan selayaknya ibu itu mendapat ganjaran syurga.

Walaupun  menjaga kebajikan seorang ibunya apatah lagi jika dia sudah tua sepatutnya menjadi kewajipan si anak, namun hari ini terlalu banyak kes menyedihkan yang berlaku di mana seorang anak sanggup memperlakukan ibunya dengan tidak wajar. Ada kes si anak meninggalkan ibu mereka di rumah orang tua ataupun meninggalkan ibunya di tepi jalanan dan tinggal di kaki lima. Ada pula ibu yang di biarkan keseorangan tanpa makan minum.

Di Guangxi , nasib seorang ibu tua yang berumur lebih dari 90 tahun telah mengetuk pintu simpati ramai orang apabila dia yang di kenali dengan nama Yang telah dikurung oleh anak dan menantunya sendiri. Yang telah dikurung di dalam sebuah tempat yang tidak selesa untuk dijadikan tempat tinggal. Dia juga telah menjadi sangat kurus dan tidak bermaya ketika dijumpai oleh pihak berkuasa.

Dalam satu rakaman video yang berdurasi 1 minit lebih ini, Yang di lihat terkurung dalam satu tempat seperti sebuah kandang kecil. Di dalamnya kelihatan amat daif dan tidak ada apa barang melainkan satu meja kecil yang sudah usang untuk dirinya.


Ketika di temui, dia menceritakan tentang apa terjadi kepadanya kepada pihak berkuasa. Yang juga dikatakan telah di kurung di situ sudah bertahun-tahun. Dia diselamatkan dan di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Anak dan menantunya ditahan polis atas dakwaan dera dan jenayah penganiayaan terhadap orang tua tersebut.

Bak kata orang. ” Seorang ibu mampu menjaga 10 anak, tetapi 10 anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.”

Ingatlah, syurga di bawah telapak kaki ibu.

 

Sumber: Pelbagai

 

 

Hikayat Dunia
“Handsomenya Macam Daddy Dia” – Walaupun Baru Berusia 7 Tahun, Ramai Puji Anak Lelaki Eizlan Yusof Kacak Macam Bapanya.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sememangnya diketahui mempunyai wajah tampan meskipun usianya kini sudah mencecah 46 tahun. Sejak dari tahun 1990-an, ramai yang kagum dan juga memuji kekacakan aktor ini. Tak keterlaluan juga jika dikatakan makin lama makin berseri wajah Eizlan Yusof. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu Eizlan …

Hikayat Dunia
Inilah Sebab Sebenar Mengapa Eira Syazira Sekeluarga Mengambil Keputusan Berpindah Ke Jakarta..

Diam-diam ubi berisi, begitulah yang boleh diibaratkan aktiviti pelakon Eira Syazira. Menerusi penjelasannya baru-baru ini dalam sidang media, dia akan menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin. “Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air …

Hikayat Dunia
Kenapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee butakan watak ‘Kassim Selamat’? Rupanya ini sebab yang mengejutkan..!!

Hari ini genap usia 89 tahun hari kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terus dikenang dalam memberi sumbangan besar pada industri seni nusantara. Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi. Bagi peminat …

%d bloggers like this: