Kasih Seorang Bapa – Bungkus Anak Dalam Plastik, Lalu Harung Sungai Deras

Hikayat Dunia

Kasih ibu sepanjang masa, kasih anak sepanjang galah. Peribahasa lama tersebut memang ada benarnya, peranan ibu yang lembut dan menyayangi kita seolah membuat ibu menjadi pahlawan nombor satu. Namun, bagaimana dengan bapa?

Watak seorang bapa selalu dikaitkan dengan jiwa keras dan sifat yang tegas. Jarang seorang anak tidak akur dengan ayahnya hanya kerana sifat seorang lelaki maskulin tak boleh dibandingkan dengan kelembutan wanita.

Namun ia bukan bererti tidak ada sifat kasih sayang dalam ketegasan kan? Video ini mungkin akan jadi bahan renungan untuk kita tentang betapa besarnya kasih sayang seorang bapa.

Bapa mana yang tidak ingin melihat seorang anak hidup bahagia dengan mendapat pendidikan yang tinggi? Pastinya semua ayah akan mati-matian berkorban demi melihat anaknya bersekolah.

Mungkin itulah yang dirasakan oleh seorang bapa yang berasal dari Desa Lang Sam, Provinsi Dien Bien, Vietnam Utara ini. Agar anak perempuannya tiba di sekolah dengan selamat dan selesa, dia rela menggadai nyawanya sendiri.

Dengan menggunakan hamparan plastik, si bapa ‘membungkus’ anak perempuannya terlebih dahulu, dan kemudian dengan memegang plastik tersebut, si bapa terus mengharungi dan menyeberangi sungai yang deras itu. Dia berbuat demikian agar anaknya tidak basah kuyup.

Menurut informasi dari Viral4Real, sungai di desa Lang Sam tersebut memang seringkali dilanda banjir. Apabila hujan deras tiba, aliran sungai meluap dan mengakibatkan debit air yang bertambah.

Hal inilah yang menyebabkan anak-anak di desa tersebut tak boleh ke sekolah.

Akhirnya mereka berdua selamat sampai di seberang sungai. Selesai melepas ikatannya, si anak merapikan sedikit rambut dan pakaiannya, kemudian berlalu untuk menuntut ilmu.

Entah, apa yang akan dilakukan si bapa nantinya, kita yakin yang dia akan menunggu anaknya agar kembali pulang bersamanya? Yang pasti, pengorbanan sang ayah ini sedikit banyak pasti mengingatkan kalian akan kasih sayang sejati seorang ayah.

 

 

Sumber : World News

 

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: