Surah Al-Mulk Adalah Syarat Nikah Utama Buat Sufian Dan Elfira

Hikayat Dunia

SEMALAM merupakan detik bersejarah buat pasangan sama cantik, sama padan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi. Satu majlis pertunangan yang menyatukan pasangan ini telah diadakan dan berlangsung di kediaman keluarga keluarga artis wanita berkenaan di Alam Damai, Cheras dekat ibu negara.

Majlis secara tertutup itu dimaklumkan telah dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu termasuk beberapa ahli keluarga terdekat daripada kedua belah pihak.

Elfira, 23, berkata ibunya meminta mereka berdua untuk menghafal surah Al-Mulk sebagai azimat dan persediaan bagi melayari alam rumah tangga yang bakal dibina pada Mac depan.

“Jika diterjemahkan maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik surah Al-Mulk, terdapat banyak fadhilat berkaitan kehidupan kita sebagai hamba-Nya.

“Atas sebab itulah ibu mengenakan syarat tersebut agar kami berdua diberikan pedoman serta petunjuk dalam meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya.

“Jika ayat itu pun menjadi satu kesukaran untuk kami menghafalnya, apatah lagi dugaan alam rumah tangga yang bakal diharungi kelak,” katanya dipetik sebuah portal online.

Kita doakan yang terbaik dan semoga segala urusan dipermudah buat El dan Sufian!

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: