Pelombong Dijumpai Masih Hidup Selepas 17 Tahun Terperangkap Di Lombong Bawah Tanah!!!

Hikayat Dunia

CHINA – Sekumpulan pelombong arang batu dari wilayah barat Xinjiang, terkejut apabila kawasan galian mereka tanpa sengaja telah membuka dan menyambungkan satu terowong yang menuju ke lombong lama yang telah dihentikan operasinya dan ditinggalkan 17 tahun yang lalu selepas gempa bumi yang menyebabkan sebahagian besar terowong itu runtuh.

 

Image result for pintu gerbang lombong arang batu

-Gambar Hiasan-

Semasa mereka menjelajah terowong lombong lama tersebut, mereka terjumpa En Cheung Wai, bekas pekerja lombong yang berusia 59 tahun yang sebenarnya masih hidup selepas kecelakaan gempa bumi yang menyebabkan terowong itu runtuh pada tahun 1997. Beliau dijumpai dalam keadaan yang betul-betul lemah dan kurus kering. Dia segera dibawa ke hospital di mana rawatan dan penilaian lengkap mengenai keadaan fizikal dan mentalnya terus dilakukan dalam minggu-minggu selepas itu.

Lelaki malang ini terperangkap di bawah tanah dengan 78 mayat rakannya yang mati, setelah gempa bumi berskala 7.8 Ricther melanda kawasan itu, menyebabkan struktur sokongan kayu lombong itu patah dan menyebabkan terowong keluar runtuh dan menimbus semua pekerja lombong pada masa itu. Namun, Encik Cheung betul-betul bernasib baik kerana biarpun terperangkap di lombong bawah tanah dengan tiada jalan keluar beberapa saluran pengudaraan masih lagi berfungsi dan berhubung hingga ke permukaan, membolehkan udara masuk, sekaligus membantunya untuk terus hidup.

Dia berjaya bertahan begitu lama dengan bantuan simpanan beras dan air kecemasan yang ada disimpan di depot lombong bawah tanah, yang sebenarnya memang ada dikhaskan dari dulu sekiranya situasi demikian terjadi. Encik Cheung juga banyak menangkap dan makan tikus yang berkeliaran di dalam lombong bawah tanah tersebut, serta memakan lumut “lumen phosphorescent”” yang banyak tumbuh di dalam lombong dan menjadi satu-satunya sumber vitamin beliau.

Image result for wild rat

-Gambar Hiasan-

Image result for moss in cave

-Gambar Hiasan-

Walaupun Encik Cheung mengalami tekanan fizikal dan mental yang teruk akibat terperangkap tanpa kemungkinan untuk diselamatkan, dia tetap berusaha mengebumikan semua rakannya yang telah terkorban dengan sebaik mungkin di lombong bawah tanah tersebut, biarpun dia mengambil masa hampir setahun untuk melaksanakannya seorang diri.

Tragedi kemalangan di kawasan perlombongan masih lagi kerap berlaku di China walaupun langkah-langkah pengawasan selalu dipertingkatkan oleh kerajaan, telah membunuh lebih dari 4000 pelombong setahun pada awal milenium. Sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa telah menghentikan banyak operasi lombong yang tidak terkawal, yang menyumbang hampir 80 peratus daripada 16,000 lombong di negara ini. Penutupan kira-kira 1,000 lombong kecil berbahaya pada tahun lepas membantu mengurangkan separuh daripada jumlah purata pelombong yang terbunuh.

Kes Encik Cheung kekal unik dan merupakan rekod dunia, menurut pencapaian rekod yang memecahkan, Guinness. Rekod terdahulu manusia hidup di bawah tanah adalah 142 hari dan dipegang oleh seorang lelaki Inggeris bernama Geoff Smith, di mana Geoff Smith secara sukarela ditanam di bawah tanah dekat halaman belakang Railway Inn dengan niat untuk memecahkan rekod.

 

Sumber : pagez.tv

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: