Budak 5 Tahun Meninggal Semasa Tidur Siang – Punca Kematian Menyebabkan Gurunya Pengsan

Hikayat Dunia

 

Ini adalah sebuah kisah kematian seorang kanak2 usia 5 tahun ketika tidur siang di sebuah Tadika , dan dikongsi kepada para ipu bapa  dan guru sekolah agar lebih berwaspada.

Sekiranya nafsu makan anak anda sangat baik dan banyak makan atau anak anda sukar untuk tidur setelah makan, jangan memaksanya untuk segera tidur selepas!!!

Pada suatu pagi, seorang budak yang baru berusia 5 tahun bernama Iwan (samaran), memakan sarapannya iaitu nasi goreng ayam dan segelas susu yang dihidangkan oleh ibunua.

Selepas sarapan, dia dihantar ke Tadika seperti biasa.

Semasa sesi makan siang, cikgu kelas Iwan berpesan agar jangan membazir makanan dan harus dimakan sampai habis.

Iwan adalah anak yang taat, dan dia ikut apa pesan gurunya. Dia makan dengan begitu berselera sekali.

Jam 12:10 waktu setempat, guru Tadika  mengajak mereka menyanyikan 3 buah lagu anak-anak sebelum menyuruh kanak-kanak tidur siang.  Tapi guru tersebut  melihat Iwan masih asyik bermain, belum tidur seperti kanak-kanak lainnya, ia pun berteriak beberapa kali menyuruh Iwan segera tidur.

Iwan pada mulanya enggan kerana berasa masih kenyang dan belum boleh tidur, namun guru Tadika berkata pada Iwan bahawa kanak-kanak harus tidur siang, kalau tidak, nanti tidak akan membesar.

Akhirnya Iwan pun tidur dengan menelungkupkan wajah ke bantalnya.

Jam 14:30, sebagian besar kanak-kanak sudah bangun dari tidur siangnya dan kembali ke kelas.

Tapi guru Tadika bernama Lany (samaran) melihat Iwan masih belum bangun.

Mulanya guru tersebut  mengira mungkin kerana Iwan lambat tidur, jadi ia pun tidak membangunkannya.20 minit kemudian, guru Lany membangunkan Iwan, tapi ia agak hairan kenapa tidak ada reaksi.

Lalu ia menyentuh dahinya, dan ia terkejut ketika melihat bibir Iwan menghitam, dan ada kotoran hitam di hidung dan mulutnya.

Ia semakin terkejut melihat Iwan tak bernafas lagi!

Dua orang guru Tadika yang lain pun segera membawa Iwan ke hospital, namun malang, kanak-kanak  itu telah meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Menurut diagnosis doctor, , Iwan kekenyangan saat makan siang, kemudian langsung tidur sebelum makanannya sempat dicerna.

Akibatnya makanan yang belum dicerna itu mengalir kembali ke saluran esofagus (kerongkong), sehingga menghalang trakea dan menyebabkan kematian.

Keterangan doktor itu pun membuat kaki guru Tadika si Iwan terkulai lemas.

Akhirnya, pihak Tadika harus bertanggung jawab atas insiden itu. Sementara guru Lany juga harus memberi ganti rugi dan diberhentikan.

Catatan: Jangan sekali-kali memaksa kanak-kanak untuk tidur setelah makan!

Anak hanya satu, sebesar apapun ganti rugi  yang diterima keluarga mangsa, nyawa anak itu tidak boleh kembali lagi, dan ia tak boleh menebus trauma yang diderita oleh keluarga, walhal tragedi ini boleh dihindari.

Sebelumnya arwah Iwan sudah mengatakan kepada guru Tadikanya, bahawa ia kekenyangan dan belum boleh tidur. Dia sempat memberitahu gurunya, tapi guru Tadika itu berfikir yang kanak-kanak  itu hanya beralasan kerana masih nak bermain, sehingga memaksanya untuk tidur dan menyebabkan tragedi ini.

Kanak-kanak yang makan kekenyangan dan belum/tidak boleh tidur, sebaiknya jangan dipaksa untuk tidur.

Anda boleh mengajaknya berbual, tunggu setelah makanannya dicerna, badan juga terasa nyaman, maka dengan sendirinya menjadi lebih mudah untuk tertidur.

Bagaimana mencegah kecelakaan seperti itu?

Saat kanak-kanak tidur siang, penjaga harus kerap  memeriksa.

Lakukan langkah-langkah ini – mendengar, melihat, menyentuh dan tangani.

  1. “Mendengar”, mendengar pernafasan kanak-kanak adakah normal
  2. “Melihat”, melihat sikap kanak-kanak, perhatikan secara cermat setiap gerak gerik/perilakunya sama ada normal atau tidak, segera atasi jika mencurigakan.
  3. “Menyentuh”, menyentuh suhu di dahi anak-anak.

Penyakit refluks gastroesofageal atau GERD (Gastro Esophageal Reflux Diseases) adalah keadaan di mana terjadinya aliran balik isi perut ke kerongkong dan menyebabkan gejala yang mengganggu dan atau disertai komplikasi.

Tidak mustahil kemungkinan kanak-kanak yang terus berbaring selepas makan boleh mengalami seperti hal tersebut di atas.

Situasi ini juga boleh terjadi pada manusia dewasa yang mempunyai gejala lain seperti suppurative tonsillitis dan penyakit lainnya.

Hal itu lebih teruk menyebabkan penyumbatan pada tenggorok.

Setelah makan, kanak-kanak sebaiknya baru disuruh tidur sekurang-kurangnya satu jam supaya perutnya sudah cukup mencerna dan rehat.

Seringkali kita terdengar kes kematian bayi kerana sesak nafas saat tidur dengan menelungkupkan kepala di atas bantal, dan tak disangka ini juga boleh terjadi pada kanak-kanak Tadika .

Meskipun kes kematian kanak-kanak Tadika seperti Iwan ini amat sangat jarang terjadi, tapi lebih baik mencegah, karena segala bencana yang tak terduga boleh saja terjadi.

Dan kejadian ini patut diwaspada oleh semua orang tua dan guru.

Semoga tragedi seperti yang menimpa Iwan ini tidak terjadi lagi di kemudian hari dan menjadi teladan kepada orang lain.

 

Sumber: eraviral.com

 

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: