KISAH BENAR : ANAK PEREMPUAN SAYA DIPUKUL DENGAN BATU BATA SEHINGGA MATI!!!
- By : Admin
- Category : Hikayat Dunia

Mimpi buruk wanita itu menjadi kenyataan bagi arwah Sharon Stokes apabila dia bertemu seorang lelaki kacak yang menganggap dirinya adalah Dewa Kematian.
Sharon Stokes tidak pernah dapat meramalkan bahaya yang dia bakal alami.
Lelaki yang dia menari dengan, ketawa dan minum dengan dan akhirnya dibawa pulang ke flatnya adalah seorang yang mempesonakan – seorang lelaki yang membuatnya rasa istimewa.
Namum Adam Thomas pada hakikinya seorang pembunuh – seorang psikopat yang membunuh yang, dalam beberapa saat keganasan, membelasah Sharon yang berusia 35 tahun itu sehingga mati.
Kali Terakhir Dengan Anak Perempuannya
Sehari sebelum pembunuhan, pada Hari Valentine tahun lalu, Kathleen telah bertemu dengan anak perempuannya untuk minum kopi. Seperti biasa, mereka berpelukan ,mengucapkan selamat tinggal dan berjanji untuk berjumpa tidak lama lagi.
“Saya pergi ke Dorset bercuti pada hari itu,” kenang Kathleen. “Sharon mahu datang dengan saya tetapi dia sudah berjanji kepada kawan-kawannya untuk keluar pada malam itu.
Semasa di kelab malam dengan teman-temannya dia berkenalan dengan Thomas dan cukup tertarik dengannya dan menjemput Thomas datang ke rumahnya untuk minum-minum dan berbual.
Tetapi ketika mereka minum, mood Thomas berusia 24 tahun berubah. Dalam kemarahan psikopat, dia menyerang Sharon dan memukulnya dengan sebiji batu bata sehingga mati.
Berita Buruk
Dua hari kemudian, polis mengetuk pintu rumah Kathleen di Dorset dan memaklumkan berita buruk yang Sharon telah dibunuh dan meminta Kathleen untuk datang ke rumah mayat bagi proses pengecaman mayat. Hati Kathleen hancur remuk mendengar berita itu.
-Gambar Hiasan-
“Saya rasa sakit. Anak perempuan saya yang cantik sudah tidak dapat dikenali. Tengkoraknya retak dan pecah, rambut panjang telah dicukur, satu biji matanya tidak dapat dilihat kerana sudah tenggelam dalam di rongga mata akibat dipijak, dan mukanya bengkak kerana lebam biru. Saya enggan percaya yang ini mayat Sharon pada mulanya, tetapi akhirnya terpaksa menerima hakikat”
“Saya masih dihantui dengan apa yang saya nampak hari tu berbanding dengan keadaan Sharon masa dia masih hidup. Dia adalah seorang yang ceria, senang percaya cepat kasihan dengan orang lain, dan berjaya mengejar impiannya menjadi pekerja untuk rumah orang-orang tua.
”
Bangga Dengan Keganasan
Apabila polis menahan Thomas, seorang pekerja kerajaan yang pintar pada keesokan hari, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. “Saya pijak-pijak kepalanya dan betul-betul menyukainya. saya telah bunuh orang, jadi apa masalahnya?!! ” kata beliau kepada pegawai yang menyoalnya. Dia juga dengan bangga memberitahu polis bagaimana dia telah menakutkan dan mengancam Sharon, mengatakan yang dia adalah Dewa Kematian.
Saksi mengatakan bahawa Thomas dengan riak ada berkata kepada bartender di situ “Kalau kamu nak lakukannya, lakukan dengan penuh gaya”.
Thomas mengaku yang dia mula-mula menumbuk muka Sharon bertalu-talu membuatkan Sharon terjatuh. Sharon cuba merangkak untuk melepaskan diri tetapi ditarik dan Thomas terus memijak muka Sharon dengan kuat sehingga meninggalkan bekas tapak kasut Nikenya.
Tiada tanda-tanda berhenti, Thomas terus mengambil seketul bata yang digunakan oleh Sharon untuk menahan pintu rumahnya, dan terus menghempas bata itu ke muka Sharon berkali-kali, darah tersembur dan Sharon mati.
-Gambar Hiasan-
“Saya sebenarnya enjoy dengan pengalaman bunuh orang ini, dan sayan kagum dengan Sharon sebab dia ni jenis susah nak mati”.
Selepas membunuh Sharon dengan sadis, Thomas menelefon ibunya sendiri dan memberitahu yang dia baru bunuh seseorang, dan kemudian hanya menunggu di flat Sharon untuk ditahan polis.
Mahkamah juga mendengar bagaimana Thomas telah menderita gangguan personaliti psikopat selama bertahun-tahun. Dia mempunyai kemurungan dan fantasi ganas tentang menjadi Dewa Kematian. Dia juga pernah cuba bunuh diri pada bulan Oktober 2006, dia memberitahu ibunya bahawa otaknya äda masalah” dan meminta untuk untuk dikurung. Dan pada bulan Januari berikutnya, dia memacu keretanya melanggar ke pintu bank dengan harapan agar dia dikurung. Tetapi tiada apa yang dilakukan sehingga terlambat.
Walaupun memohon untuk hukuman diringankan, berkurangan di Mahkamah Exeter Crown, Thomas telah disabitkan dengan pembunuhan dan dihukum mati dalam penjara.
Namun hukuman itu tidak mencukupi untuk membuat keluarga Sharon tenang. Ibu Sharon, Kathleen Stokes, 59 tahun berkata “Memdengar apa yang yang Thomas telah lakukan terhadap anak saya terlalu menyakitkan hati””.
“”Thomas betul-betul bangga bahawa dia mendapat keseronokan seksual dengan memukul anak perempuan saya hingga mati. Kenapa seorang manusia boleh jadi begitu kejam kejam dan tidak berhati perut?”
“Kehidupan saya terumbang- ambing, anak perempuan saya telah dirampas dari sayang dan saya tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya .Namun kini Kathleen memaafkan Thomas, percaya bahawa adalah satu-satunya cara dia dapat meneruskan hidupnya dengan memori tentang anak perempuannya.
“Saya berazam untuk menjalani hidup saya seperti yang dikehendaki Sharon”.
Sumber : Pelbagai