“Siapa Atau Apa PPIM ni?” – Siti Kasim

Hikayat Dunia

KUALA LUMPUR: PPIM mendakwa mereka adalah Persatuan Pengguna Islam tetapi mereka berlagak seolah-olah mereka adalah penguatkuasa agama, menurut Siti Kasim.

Siti Kasim berkata demikian ketika menyelar tindakan ahli PPIM yang menggesa supaya tindakan diambil terhadap kelompok pengamal ajaran Ahmadiyyah/Qadiany baru-baru ini.

Qadiany merupakan kumpulan yang telah difatwakan di negeri Selangor sebagai kumpulan yang bukan dari ajaran Islam. Berikutan kenyataan PPIM terhadap kumpulan tersebut,

Image result for ppim bantah ajaran ahmadiyah

Siti Kasim menyarankan agar pemimpin penganut agama Ahmadiyyah untuk membuat laporan polis ke atas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana telah mendesak pihak jabatan agama untuk mengambil tindakan ke atas para penganut agama Ahmadiyya atas tuduhan menghina agama Islam.

Siti Kasim berkata, “Apa-apa pun, siapa atau apa PPIM ini? Apakah maksud mereka? Mereka kata mereka adalah Persatuan Pengguna Islam tetapi mereka melangkaui bidang seolah-olah mereka ini pihak berkuasa jabatan agama!”

“Sejak bila Persatuan Pengguna boleh memberi komen mengenai Ahmadiyyah atau Siti Kasim atau apa-apa pun? Kami bukan produk pengguna!” katanya lagi.

PPIM dalam sebuah sidang media sebelum ini telah mendesak pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengambil tindakan terhadap para penganut agama Ahmadiyyah di Kampung Nakhoda, Batu Caves kerana secara terbuka mempamerkan simbol-simbol agama Islam dalam urusan agama mereka.

Dalam sidang media tersebut Ustaz Masridzi Sat berkata, “Kita akan mendesak pihak JAIS untuk bertindak kerana agama Islam sedang dipermain-mainkan di Kampung Nakhoda.”

“Sebab mesejnya nak buat tahfiznya, azannya, dan juga lailahaillallah-nya. Semua ada mesej-mesej Islam di situ. Jadi kalau dia kata bukan Islam, kenapa mesej Islam sedang dipermain-mainkan oleh orang bukan Islam? Kenapa tidak bertindak apa-apa?”

Beliau juga menyuarakan rasa kecewa terhadap sikap pihak berkuasa agama yang seolah-olah teragak-agak untuk mengambil tindakan bagi mempertahankan kesucian agama Islam apabila keadaan memerlukan.

Ustaz Masrizi berkata, “Jadi saya beritahu dalam isu kes ini beliau mungkin pihak berkuasa agama ni memang teragak-agak, macam isu Siti Kasim juga. Murtad macam mana pun tak boleh ambil tindakan. Sebab diorang ni macam tu lah.”

Berang dengan kenyataan PPIM, Siti Kasim mendesak pemimpin-pemimpin agama Ahmadiyyah untuk segera membuat laporan polis ke atas NGO Islam itu yang kini popular sebagai wira kepada mereka yang teraniaya. Dakwa Siti Kasim,

“Merekalah ancaman kepada masyarakat dan pihak berkuasa kita perlu menghumbankan samseng-samseng ini ke dalam penjara.” “Saya sangat menyarankan agar pemimpin-pemimpin komuniti Ahmadiyyah untuk melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai samseng-samseng ini dan biar pihak polis melakukan kerja mereka,” nasihat Siti Kasim.

Image result for siti kasim

Ahmadiyyah merupakan sebuah agama yang didakwa oleh para penganutnya sebagai agama Islam yang sebenar dan diasaskan pada tahun 1889 oleh Mirza Ghulan Ahmad di India.

Pengasasnya mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi yang dinantikan oleh seluruh umat Islam, dan juga mendakwa dirinya sebagai Al Masih yang diutuskan oleh Tuhan sepertimana Nabi Isa diutuskan.

Mutakhir ini, penganut agama Ahmadiyyah didapati bebas untuk menyebarkan dakyah mereka di Malaysia dengan kerjasama pihak-pihak yang tertentu. Pada bulan Oktober tahun lepas, pendakyah terkemuka Ahmadiyyah dari Amerika Syarikat, Azhar Haneef diberi jemputan khas untuk menyampaikan dakyahnya di Kuala Lumpur atas nama sebagai “pendakwah beragama Islam”.

sumber; www.menara.my

Hikayat Dunia
“Handsomenya Macam Daddy Dia” – Walaupun Baru Berusia 7 Tahun, Ramai Puji Anak Lelaki Eizlan Yusof Kacak Macam Bapanya.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sememangnya diketahui mempunyai wajah tampan meskipun usianya kini sudah mencecah 46 tahun. Sejak dari tahun 1990-an, ramai yang kagum dan juga memuji kekacakan aktor ini. Tak keterlaluan juga jika dikatakan makin lama makin berseri wajah Eizlan Yusof. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu Eizlan …

Hikayat Dunia
Inilah Sebab Sebenar Mengapa Eira Syazira Sekeluarga Mengambil Keputusan Berpindah Ke Jakarta..

Diam-diam ubi berisi, begitulah yang boleh diibaratkan aktiviti pelakon Eira Syazira. Menerusi penjelasannya baru-baru ini dalam sidang media, dia akan menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin. “Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air …

Hikayat Dunia
Kenapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee butakan watak ‘Kassim Selamat’? Rupanya ini sebab yang mengejutkan..!!

Hari ini genap usia 89 tahun hari kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terus dikenang dalam memberi sumbangan besar pada industri seni nusantara. Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi. Bagi peminat …

%d bloggers like this: