[KISAH BENAR] GARA2 MEMBUNUH IKAN PAUS. APA YANG BERLAKU KEMUDIAN AMAT DAHSYAT..

Hikayat Dunia

Sekumpulan krew pemburu ikan paus Jepun telah menjadi mangsa serangan sekumpulan ikan paus pembunuh, di mana 16 anak kapal telah terbunuh dan 12 orang lagi cedera. Insiden telah dilaporkan kepada kerajaan Jepun.

Krew MV Nisshin Maru, sebuah kapal pemburu ikan paus utama di Jepun dan satu-satunya kapal kilang pemprosesan ikan paus di dunia, pada masa itu terpaksa meninggalkan dek buat sementara waktu kerana kebocoran gas dikesan di dalam kapal kilang pemprosesan,mengakibatkan kapal tersebut terpaksa berhenti operasi semasa membawa kira-kira 1,000 tan minyak.

Keadaan panik tersebut menyebabkan ramai krew kapal mengambil keputusan nekad untuk terjun ke laut dalam cuba menyelamatkan diri sebelum prosedur kecemasan yang betul sempat dilaksanakan dan bot penyelamat diturunkan ke laut.

Malangnya semasa mereka cuba berenang ke arah yang lebih selamat, sekumpulan ikan paus pembunuh tiba-tiba muncul tanpa disangka.

Image result for killer whale

-Gambar Hiasan-

 

Bagaikan pesta, ikan-ikan paus pembunuh terus menerkam dan melahap krew kapal yang malang beramai-ramai di tengah lautan. Dalam hanya tempoh 30 minit, 16 crew sudah hilang dari permukaan laut dan tidak dapat dikesan.

 

“Ianya sungguh mengerikan” Asuka Kumara, seorang jurutera mekanikal yang menyaksikan kejadian tersebut “Air laut berkocak ganas diselang-seli dengan jeritan mangsa, warna laut terus bertukar menjadi merah kerana darah, dan banyak mayat terapung sana sini” katanya yang masih dalam keadaan menangis dan terkejut apabila mengingati insiden tersebut.

Image result for sea turns to blood

-Gambar Hiasan-

 

Kejadian ini berlaku di Sanctuary Ocean Whale Selatan, berdekatan dengan Pantai Timur Selatan Afrika Selatan, iaitu satu kawasan yang penuh kontroversi sejak mahkamah antarabangsa baru-baru ini membuat keputusan dan telah memerintahkan negara itu menamatkan perburuan paus di Antartika. Negara Asia Timur lain lmenangguhkan acara pemburuan ikan paus tahunan mereka selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) U.N memutuskan bahawa acara tahun lalu telah melanggar moratorium antarabangsa mengenai ikan paus komersial.

Image result for japanese whaler

-Gambar Hiasan-

 

“Namun Jepun seolah-olah tidak ambil peduli langsung tentang undang-undang antarabangsa” jelas aktivis dan jurucakap alam sekitar Greenpeace Canada, James Ben Shahali, yang berpangkalan di Vancouver. “Pembaziran nyawa memang tidak sepatutnya berlaku, tetapi ikan paus pembunuh ini juga tidak boleh disalahkan, mereka hanya melakukan apa yang mereka perlu untuk hidup sejak lahir: iaitu membunuh untuk makanan” tambahnya.

Sesetengah penyokong Greenpeace pula telah meraikan kejadian itu sebagai kemenangan dalam usaha memerangi pemburu ikan paus di seluruh dunia.

Jepun telah menangkap dan menyembelih lebih daripada 6,000 ikan paus sejak penangkapan ikan paus komersial diharamkan oleh moratorium Suruhanjaya Ikan Paus Antarabangsa (IWC) yang diluluskan pada tahun 1986.

 

Sumber : pagez

 

Hikayat Dunia
“Handsomenya Macam Daddy Dia” – Walaupun Baru Berusia 7 Tahun, Ramai Puji Anak Lelaki Eizlan Yusof Kacak Macam Bapanya.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sememangnya diketahui mempunyai wajah tampan meskipun usianya kini sudah mencecah 46 tahun. Sejak dari tahun 1990-an, ramai yang kagum dan juga memuji kekacakan aktor ini. Tak keterlaluan juga jika dikatakan makin lama makin berseri wajah Eizlan Yusof. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu Eizlan …

Hikayat Dunia
Inilah Sebab Sebenar Mengapa Eira Syazira Sekeluarga Mengambil Keputusan Berpindah Ke Jakarta..

Diam-diam ubi berisi, begitulah yang boleh diibaratkan aktiviti pelakon Eira Syazira. Menerusi penjelasannya baru-baru ini dalam sidang media, dia akan menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin. “Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air …

Hikayat Dunia
Kenapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee butakan watak ‘Kassim Selamat’? Rupanya ini sebab yang mengejutkan..!!

Hari ini genap usia 89 tahun hari kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terus dikenang dalam memberi sumbangan besar pada industri seni nusantara. Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi. Bagi peminat …

%d bloggers like this: