KEJAM!!! BAYI HAMPIR DIPANGGANG DALAM OVEN GARA-GARA “AIS”!

Hikayat Dunia

Sepasang ibu bapa di Missouri terkejut melihat pengasuh mereka telah berubah menjadi kanibal akibat menghisap syabu apabila mereka mendapati bayi mereka berusia tiga bulan hampir dipanggang di dalam microwave oven.

Pasangan ibu bapa muda baru kembali ke rumah selepas menonton wayang , dan menjumpai pengasuh mereka dalam keadaan sudah pengsan dan berlumuran darah di ruang tamu.

Mereka mula panik risaukan keadaan bayi mereka, dan beberapa saat kemudian, mereka membuat penemuan yang mengerikan apabila si ibu yang perasan seperti ada benda yang bergerak di dalam microwave oven mendapati bahawa “benda” itu adalah bayi mereka yang sepatutnya dijaga oleh pengasuh tersebut semasa mereka keluar.

Image result for microwave oven

-Gambar Hiasan-

 

Pegawai Polis Dwayne Johnson adalah pegawai yang pertama tiba di tempat kejadian dan mendapati pengasuh dalam keadaan “sangat keliru” dan “tidak keruan” dalam separa sedar di ruang tamu.

 

“Hanya mengambil sedikit sahaja”

Anna Krutchiev, pengasuh yang berusia 16 tahun, mendakwa dia memang membawa sedikit bekalan syabu semasa ditugaskan menjaga bayi pasangan muda tersebut dan mengaku menghisap syabu beberapa kali sebelum dia menjadi sangat lapar dan akhirnya hilang kesedaran.

“Saya hanya mengambil dos sedikit sahaja kerana saya bosan pada masa itu dan mahu berjaga,” katanya kepada Pegawai Johnson.

“Apa yang saya ingat ialah saya tiba-tiba mula berasa lapar, makan sayap ayam dan dan saya pun tidak perasan bila saya pengsan.” dia mengakui dalam linangan air mata.

 

Berlumuran Sos Barbeku

Bayi yang baru berusia 3 bulan tersebut dijumpai dalam keadaan sudah siap dilumurkan dengan sos barbeku satu badan di dalam ketuhar gelombang mikro di dapur, dan terus dikejarkan di hospital Springfield Mercy.

Image result for barbecue sauce

-Gambar Hiasan-

 

“Nampaknya pengasuh tersebut cuba memanggang bayi itu di dalam microwave oven tetapi tidak sempat tekan butang on kerana pengasuh itu sendiri pun sudah hilang daya sedar dan kawalan diri, lalu pengsan,” jelas Timbalan Sheriff James Anderson dari Jefferson County Police Department.

“Beberapa tanda gigitan juga ditemui di atas lengan dan kaki bayi tetapi bayi bernasib baik kerana tidak dicederakan dengan lebih teruk” ujarnya sambil mengakui yang dia pun sebenarnya masih terkejut dengan kes ini.

Image result for bitemarks on baby's arm

-Gambar Hiasan-

 

Kajian baru-baru ini menunjukkan lebih daripada 60% orang dewasa berusia 21 tahun dan lebih tinggi telah mencuba syabu sekurang-kurangnya sekali dan hampir 40% responden percaya bahawa pengharaman syabu perlu dimansuhkan dan diisytiharkan sebagai dadah jenis Jadual 2 untuk penggunaan rawatan perubatan. Kes ini sendiri sudah menunjukkan betapa bahayanya pengaruh dadah terhadap manusia.

 

Sumber : Pelbagai

 

 

Auto Draft
Hikayat Dunia
Telur Misteri. Apabila telur ini menetas, alangkah terkejut apabila melihat rupanya – rupanya…

Terdapat banyak spesies flora dan fauna di dalam dunia ini yang masih belum ditemui dan dikenali seperti telur yang dijumpai oleh pemuda ini di hutan. Pemuda ini menemui satu spesies unik yang berupa seperti telur burung yang aneh dan misteri. Dengan menyangka ia telur dari seekor burung, pemuda ini memerhati …

Hikayat Dunia
‘Memang Saya Akan Mengelak Kalau Nampak Dia’ – Jihan Pernah Kena ‘Sound Tepek’ Dengan Kak Zai..

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai status yang telah dimuatnaik oleh pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang mendapat pelbagai kecaman bukan sahaja dari netizen malah artis- artis di Malaysia. Walaubagaimanapun, pengkritik terbabit yang lebih dikenali sebagai Kak Zai telah memohon maaf kepada semua pihak. Menerusi temubualnya bersama Astro Gempak, …

Image result for selebriti yang pernah menjadi guru
Hikayat Dunia
6 Selebriti TOP Malaysia Ini Pernah Bergelar ‘CIKGU’! Pelakon Jelita No.3 Memang Tak Sangka Sangat!

Bergelar seorang pendidik adalah satu pekerjaan yang mulia kerana dapat membantu dan membimbing seseorang itu sehingga menjadi individu yang berjaya. Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, berikut kami kongsikan selebriti yang pernah bergelar pendidik: 1. Ana Rafali Peserta Gema Gegar Vaganza ini merupakan seorang …

%d bloggers like this: