SEDIH!!! Kisah Kanak2 dengan Kondisi Genetik Yang Dijual Kepada Pengedar Dadah Oleh Ibu Sendiri!

Hikayat Dunia

 

Kisah yang betul-betul menyayat hati.

Seorang kanak-kanak perempuan bernama Annabelle dilahirkan dengan Sindrom Crouzon. Keadaan genetik yang jarang berlaku ini menyebabkan matanya menonjol keluar, yang menjadikannya mustahil untuk menutup mata. Oleh itu, dia sentiasa letih. Selain itu, keadaan ini juga menyebabkan kecacatan di wajahnya.

Tidak cukup lagi dengan keadaan malang itu, ibu Annabelle pula menjualnya kepada kumpulan pengedar dadah kerana kesempitan wang untuk menjaga Annabelle dan lima anaknya yang lain.

Pengedar dadah kejam itu dengan sepenuhnya terus mengeksploitasi penampilan Annabelle dan menjadikannya pengemis di jalanan. Dia akan dihantar ke jalan-jalan tertentu untuk mengemis dengan seorang wanita lain yang berlakon menjadi ibunya. Kedua-duanya biasanya akan dipukul dan dibelasah oleh pengedar dadah tersebut dengan teruk agar boleh meraih simpati dan derma dari masyarakat. Dasar haiwan!

Tidak dapat dipastikan sudah berapa lama Annabelle telah melalui kesengsaraan ini, tetapi dia akhirnya diselamatkan oleh seorang yang baik hati yang bernama Gonzalo Erize ketika berusia lima tahun.

Pemuda dari Argentina yang bekerja untuk Yayasan Kalipay Negrense, sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada membantu anak-anak yang dieksploitasi di jalanan. Dia berjaya membebaskan Annabelle dari sindiket itu, dan membawanya ke sebuah hospital di Manila untuk menerima rawatan bagi sindromnya.

Penjaga Annabelle memberitahu saya bahawa dia masih kadang-ladang terbangun pada waktu malam dan menjerit kesan mimpi buruk masa lampau. “Tetapi saya bersedia untuk memberi Annabelle peluang untuk kehidupan yang lebih baik, di mana dia boleh bermain tanpa kesakitan dan hidup dengan layaknya,” kata Gonzalo.

Merawat Annbelle bukan satu proses yang mudah kerana dia terpaksa menjalani rawatan beberapa pakar kanak-kanak, doktor gigi dan pakar neurologi. “Semua usaha itu berjalan lancar. Pembedahan tengkorak Annabelle berjaya, membolehkan otak berkembang dengan baik.

“Annabelle telah sembuh sepenuhnya dan hari ini dia menikmati hidupnya.” Annabelle kini hidup dengan gembira dengan 200 anak-anak lain yang dibantu oleh amal Filipina, siap boleh meniup lilin ulang tahun pada keknya!

 

Sumber : Pelbagai

 

 

Hikayat Dunia
“Handsomenya Macam Daddy Dia” – Walaupun Baru Berusia 7 Tahun, Ramai Puji Anak Lelaki Eizlan Yusof Kacak Macam Bapanya.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sememangnya diketahui mempunyai wajah tampan meskipun usianya kini sudah mencecah 46 tahun. Sejak dari tahun 1990-an, ramai yang kagum dan juga memuji kekacakan aktor ini. Tak keterlaluan juga jika dikatakan makin lama makin berseri wajah Eizlan Yusof. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu Eizlan …

Hikayat Dunia
Inilah Sebab Sebenar Mengapa Eira Syazira Sekeluarga Mengambil Keputusan Berpindah Ke Jakarta..

Diam-diam ubi berisi, begitulah yang boleh diibaratkan aktiviti pelakon Eira Syazira. Menerusi penjelasannya baru-baru ini dalam sidang media, dia akan menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin. “Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air …

Hikayat Dunia
Kenapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee butakan watak ‘Kassim Selamat’? Rupanya ini sebab yang mengejutkan..!!

Hari ini genap usia 89 tahun hari kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terus dikenang dalam memberi sumbangan besar pada industri seni nusantara. Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi. Bagi peminat …

%d bloggers like this: