[KISAH BENAR] Budak Perempuan Berusia Tiga Tahun Ditemui Masih Hidup Selepas 11 Hari Sesat Dalam Hutan Siberia

Image result for girl that survived 11 days in siberian forest
Hikayat Dunia

Image result for girl that survived 11 days in siberian forest

Karina Chikitova sedang berlindung  di rimbunan rumput tinggi semasa dijumpai selepas tersesat  jauh selama 11 hari dari rumah semasa mengikuti ayahnya Rodion pergi melawat ke kampung asalnya pada 29 Julai. Dia disyaki terpisah dengan ayahnya semasa melalui laluan di tengah-tengah hutan Siberia.

Ibu Karina tahu yang Karina dan anjingnya pergi bersama ayahnya, tetapi hanya mengetahui tentang kehilangan Karina empat hari kemudian semasa pencarian dilancarkan. Agak sukar untuk mengesahkan keberadaan Karina pada masa itu disebabkan rangkaian telefon yang kurang memuaskan di bahagian Siberia yang agak terperosok.

Image result for Siberian Forest

Gadis kecil yang  berusia tiga tahun itu bertahan di hutan tebal Siberia dengan memakan beri liar dan minum air sungai di wilayah hutan yang dikelilingi oleh beruang liar dan serigala, sambil ditemani oleh anjing kesayangannya.

Karina juga menjadikan kawasan rumput tinggi sebagai tempat berlindung, satu kebiasaan penduduk di barat daya Sakha pada musim panas, tetapi menyebabkan helikopter dan drone sukar untuk mengesannya di hutan yang dipenuhi beruang. Saiz besar hutan Siberia pula menyebabkan pencarian Karina umpama mencari jarum dalam timbunan jerami.

Image result for girl that survived 11 days in siberian forest

Karina sitting in the grass

Pada awalnya, keluarganya dan pasukan penyelamat terkejut apabila anjing itu – yang belum dinamakan walaupun peranannya yang heroik – kembali ke kampung Olom di daerah Olyokminsky.

‘Dua hari sebelum kami menemui Karina, anjingnya pulang ke rumah,’ kata Afanasiy Nikolayev, jurucakap Perkhidmatan Penyelamat Republik Sakha.

Image result for Siberian Forest

“Pada masa itu hati kita remuk, kerana kita fikir sekurang-kurangnya dengan anjingnya Karina mempunyai peluang untuk bertahan – malam di Yakutia amat sejuk dan beberapa kawasan telah mencecah suhu di bawah sifar.

Sekiranya dia memeluk anak anjingnya, kami fikir, sekurang-kurangnya ia akan membantu Karina memanaskan badan pada sebelah malam dan bertahan dengan cuaca sejuk Siberia yang selalunya di bawah tahap sifar .”Tanpa anjing itu, peluang Karina untuk hidup adalah sangat tipis dan kemungkinan pencarian ini menjadi pencarian mayat. Kami benar-benar putus harapan pada masa itu.

Tetapi tanpa disangka, anjing itu yang sebenarnya menjadi penyelamat apabila menjadi guide ke lokasi Karina, dan Karina akhirnya berjaya dijumpai pada sebelah pagi. Biarpun keadaan agak lemah, badan digigit nyamuk dan serangga, serta kakinya calar kerana tidak berkasut, tetapi dia dalam keadaan yang agak baik dan masih boleh bercakap seperti biasa. Karina juga telah hilang 10kg dari berat badan asalnya sejak tersesat di dalam hutan Siberia.

Karina carried to the car of rescuers

Karina in the hospital

Seramai 100 orang terlibat dalam misi pencarian Karina yang disertai oleh pemburu dan askar pasukan khas juga, kerana kawasan tersebut memang terkenal dengan serangan beruang.

Rescuers gather for search

 

 

Sumber : The Siberian Times

 

Hikayat Dunia
“Handsomenya Macam Daddy Dia” – Walaupun Baru Berusia 7 Tahun, Ramai Puji Anak Lelaki Eizlan Yusof Kacak Macam Bapanya.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sememangnya diketahui mempunyai wajah tampan meskipun usianya kini sudah mencecah 46 tahun. Sejak dari tahun 1990-an, ramai yang kagum dan juga memuji kekacakan aktor ini. Tak keterlaluan juga jika dikatakan makin lama makin berseri wajah Eizlan Yusof. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu Eizlan …

Hikayat Dunia
Inilah Sebab Sebenar Mengapa Eira Syazira Sekeluarga Mengambil Keputusan Berpindah Ke Jakarta..

Diam-diam ubi berisi, begitulah yang boleh diibaratkan aktiviti pelakon Eira Syazira. Menerusi penjelasannya baru-baru ini dalam sidang media, dia akan menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin. “Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air …

Hikayat Dunia
Kenapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee butakan watak ‘Kassim Selamat’? Rupanya ini sebab yang mengejutkan..!!

Hari ini genap usia 89 tahun hari kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terus dikenang dalam memberi sumbangan besar pada industri seni nusantara. Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi. Bagi peminat …

%d bloggers like this: