[KISAH BENAR] Akibat Terlalu Kerap Mengambil Minuman Tenaga Untuk Bekerja, Wanita Ini Menceritakan Bagaimana Tabiat Suaminya Ini Merubah Kehidupan Mereka Buat Selama-Lamanya.

Hikayat Dunia

Seorang ibu yang baru melahirkan anak, Brianna dengan beraninya tampil untuk menceritakan kisah bagaimana minuman tenaga hampir mengorbankan suaminya, dan mengubah hidup mereka selama-lamanya.

” Hidup pada masa itu betul2 gembira dan sempurna.Saya telah berkahwin dengan lelaki yang saya cintai, dan pada masa itu sedang mengandungkan anak pertama kami. Tidak ada perkataan lain lagi yang boleh mengambarkan kebahagiaan kami”

Sebagai langkah persediaan untuk menerima ahli keluarga baru, suaminya, Austin bekerja dengan lebih keras lagi dan selalu kerap mengambil overtime untuk duit lebih. Malangnya, Austin juga mula mengamalkan tabiat kerap mengambil minuman tenaga untuk membolehkannya bertahan menghadapi jadual kerjanya yang sangat sibuk dan perjalanan ulang- aliknya yang jauh ke tempat kerja setiap hari, dan tidak pernah terbayang yang tabiat ini menyebabkan dia dimasukkan di hospital.

“Saya masih teringat semasa ibu mertua saya menghubungi saya pada awal pagi dan memberitahu yang Austin terlibat dengan kemalangan dan dihantar ke wad kecemasan hospital”

” Hati rasa bagai nak tercabut, dan yang teruk sekali saya tidak tahu bagaimana kemalangan itu boleh berlaku ” cerita Brianna

Selepas dua jam memandu, Brianna akhirnya sampai ke hospital tempat suaminya ditahan dan terus mendapat berita buruk daripada doktor yang merawat suaminya.

Doktor memaklumkan Brianna yang suaminya sedang mengalami pendarahan otak yang teruk dam sekarang dalam keadaan koma. Berdasarkan pemeriksaan darah dan X-Ray, pendarahan otak tersebut terjadi disebabkan oleh kesan minuman tenaga yang kerap diminum oleh suaminya. Suaminya telah dimasukkan ke wad pembedahan dalam usaha untuk menyelamatkan nyawanya, dan pembedahan pertama mengambil masa lebih dari 5 jam.

“Keesokan harinya dua lagi pembedahan otak dilakukan, diikuti oleh serangan stroke, sawan, bengkak, dan lebih banyak perkara yang kami tidak jangka dan bersedia.

“Saya hanya mampu berdoa agar dia akan selamat dan sembuh. Saya tidak akan menyerah kalah dan akan terus di sampingnya sebagai sokongan.

Satu pendarahan otak yang teruk dan beberapa pembedahan kemudian, Austin ditinggalkan dengan lubang yang tidak dapat diperbaiki di hadapan tengkoraknya selepas dua minggu tinggal di hospital dan masih dalam keadaan tidak sedar. Brianna pula sudah tiba masa untuk melahirkan anak.

Ajaibnya, selepas Brianna melahirkan anak mereka, Austin telah sedar dari komanya, dan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah dan bertemu dengan anaknya selepas dua bulan kemudian.

Brianna sekarang menjalankan kehidupan hari-harinya dengan memikul tugas berat mengurus bayi dan suaminya sekali yang kini sudah cacat dan sudah tidak mampu mandiri kesan daripada pendarahan otak yang dialaminya. Sememangya tugas itu bukannya mudah,  namun Brianna menerima peranan yang berat tersebut dengan kekuatan.

“Keadaannya sudah tidak sama seperti apa yang saya kenal dan jatuh cinta dahulu, tetapi saya yakin satu hari nanti keadaan akan menjadi lebih baik, dan saya akan terus berjuang untuk membantunya sembuh.”ujar Brianna.

 

Sumber : Bored Panda

Kredit Imej : Endres Photography

 

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: