Isteri Menangis Meninggalkan Rumah Dan Anak Selepas Bergaduh Dengan Suami. Dua Hari Kemudian, Suaminya Menulis Surat Yang Amat Mengejutkan…

Image result for men handle house chores and children alone
Hikayat Dunia

 

-Gambar Hiasan-

 

Tidak kira betapa sayangnya anda dengan pasangan anda, bergaduh dan bertengkar dengan mereka kadang2 memang tidak dapat dielakkan – terutamanya apabila anda mempunyai anak.

Apabila anda berdua bekerja keras untuk melakukan yang terbaik untuk keluarga anda, tekanan dan kekecewaan kadang2 menjadi terlalu berat untuk ditanggung.

Oleh itu apabila isteri ini merasa tidak dihargai oleh suaminya, dia menjadi terlalu penat kerana bertengkar dengan suaminyanya. Dia menangis dan pergi meninggalkan suami dengan anak-anak tanpa sebarang tanda bahawa dia akan kembali.

 

Dua hari kemudian, suaminya memutuskan menulis surat tentang perasaannya, dan anda perlu melihat apa yang dikatakannya.

 

“Sayangku,

Dua malam yang lalu, kita bertengkar dan bergaduh besar. Saya agak berasa agak penat pada hari itu , dan apa yang saya hanya mahu lakukan selepas pulang dari tempat kerja pada jam 8 malam masa itu adalah berbaring dan menonton game bolasepak di TV sahaja.

Sayang pada masa itu bukan berada dalam mood yang baik, dan sudah jelas letih setelah melalui hari yang panjang. Sayang sedang berusaha untuk menidurkan bayi ketika anak-anak lain bising bergaduh , tapi saya tidak betbuat apa-apa untuk membantu dan hanya menguatkan lagi volume TV untuk menenggelamkan bunyi bising anak-anak. 

“Adakah ia akan membunuh anda untuk terlibat dengan lebih aktif dalam usaha menjaga dan membesarkan anak-anak kita?” Sayang bertanya, membuatkan saya merendahkan volume TV .” Anda sebenarnya boleh membantu lebih banyak di rumah kita juga.”

“HEI!!!!,” kata saya untuk mempertahankan diri. “Saya bekerja keras sepanjang hari supaya kamu semua boleh bersenang lenang tinggal di rumah ini !!!” dan terus marah-marah sambil melontarkan kata-kata kesat kepada sayang yang saya tahu mustahil untuk saya tarik balik.

Sayang tiba-tiba menangis dan terus menjerit mengatakan yang sayang sudah tidak tahan dengan semua ini, lalu terus keluar dari rumah, meninggalkan saya untuk menjaga anak-anak kita sendiri.

Saya mula terpaksa memberi makanan kepada anak-anak dan meletakkan mereka di tempat tidur semua dengan sendirinya. Apabila sayang masih tidak pulang pada keesokan harinya, saya terpaksa meminta emergency leave dari bos saya supaya dapat menjaga anak-anak.

Saya menghadapi tangisan bayi, melayan karenah anak-anak kita yang lain, dan terkejar-kejar di rumah sepanjang hari untuk mengurus anak-anak sehingga saya sendiri tidak mempunyai peluang untuk mandi.

Saya terpaksa memanaskan susu, memakaikan anak-anak, dan membersihkan dapur sekaligus. Saya menjalani kehidupan seharian tanpa bercakap dengan satu orang dewasa pun Saya  tidak mampu untuk duduk makan dengan tenang di meja setiap kali saya mahu kerana saya terpaksa terus menguruskan anak-anak kita tanpa henti.

Saya mengalami tekanan fizikal dan emosi yang sangat teruk. Saya belum pernah rasa terlalu penat sebegini rupa dan rasa seperti mahu tidur selama 20 jam terus kalau boleh, namun terpaksa bangun beberapa jam selepas tidur kerana bayi menangis.

Selepas ditinggalkan selama dua hari dan dua malam dan cuba melakukan apa yang sayang buat selama ini, sekarang saya mulai sedar dengan keletihan dan keperitan sayang.

Saya mulai sedar bahawa seorang menjadi seorang ibu adalah satu pengorbanan yang sungguh besar.

Saya mulai sedar yang menjadi ibu sangat dan lebih mencabar dan memenatkan berbanding menjadi pekerja korporat selama 10 jam sambil membuat keputusan ekonomi.

Saya mulai sedar betapa kecewanya sayang apabila harus mengorbankan pekerjaan anda dan kebebasan kewangan sendiri supaya anda dapat menjaga anak-anak kita.

Saya mulai sedarbetapa risaunya sayang tentang hakikat bahawa kekukuhan ekonomi sayang sekarang bergantung kepada pasangan dan bukan lagi dari diri sendiri .

Saya mulai sedar betapa sukarnya untuk tidak boleh berkumpul dengan rakan-rakan, senaman, atau mendapat tidur malam yang lena.

Saya mulai sedar bagaimana mencabarnya apabila terkurung dan dipaksa melihat kanak-kanak sambil membayangkan apa yang anda tidak tahu pasal dunia luar.

Saya mulai sedar kenapa sayang menjadi marah apabila ibu saya mengkritik bagaimana anda memilih untuk membesarkan anak-anak kita, kerana tiada siapa di dunia yang tahu apa yang terbaik untuk anak-anak seperti ibu mereka sendiri.

Saya mulai sedar bahawa menjadi seorang ibu bermakna sayang memegang tugas dan beban yang paling besar dalam kehdupan manusia, dan tiada siapa yang menghargai, menghargai, atau mengingati pengorbanan mereka.

Saya menulis surat ini bukan hanya sekadar untuk memberitahu bahawa saya amat merindui sayang , tetapi juga kerana ingin memberitahu anda yang : “Anda seorang wanita yang kuat dan telah melakukan pekerjaan yang sangat baik, dan saya amat mengagumi anda.”

 

Kita memang tidak menjangka kisahnya berakhir seperti ini, dan nampaknya si suami telah mendapat pengajarannya dengan cara yang paling sukar! Oleh itu, hargailah pengorbanan isteri anda.

 

Sumber:  http://mesmerizingwords.com

 

 

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: