[PELIK TAPI BENAR] 40 Undang-Undang Yang Tidak Masuk Akal Tetapi Masih Dipraktikkan Di Serata Dunia

Image result for court image
Hikayat Dunia

 

Apa tujuan undang-undang dicipta? Untuk mengekalkan keselamatan dan keharmonian dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar, bukan? Namun ada sesetengah undang-undang dirangka manusia betul-betul pelik dan sukar dipastikan tujuannya, dan mengejutkan kerana masih ada yang mengikutinya:

 

1. Arab Saudi
Wanita dilarang memandu kenderaan sama sekali di jalan.

2. Dubai
Sekiranya seorang wanita yang sudah berkahwin dirogol, mangsa rogol itu juga akan disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman juga.

3. Massachusetts
Wanita diharamkan untuk berada di posisi atas semasa hubungan kelamin suami isteri.

4. Vermont
Isteri diwajibkan untuk meminta kebenaran suami terlebih dahulu sebelum memakai gigi palsu.

5. North Carolina
Pasangan suami isteri hanya dibenarkan mengadakan hubungan kelamin dengan posisi missionary sahaja dan wajib tarik tutup langsir.

6. Oregon
Menjadi satu kesalahan untuk bercakap kotor dengan pasangan semasa hubungan kelamin.

7. Arab Saudi
Tidak ada umur legal minima untuk berkahwin, biarpun pengantin sebenarnya masih kanak-kanak.

8. Thailand
Diharamkan untuk memijak atas wang yang jatuh di tanah.

9. South Carolina
Remaja berusia 16 tahun ke atas dilarang untuk melamar sekiranya mereka tidak serius.

10. Arkansas
Suami dibenarkan memukul isterinya dan hanya sekali dalam sebulan.

11. Iowa
Lelaki bermisai tidak dibenarkan mencium wanita di khalayak ramai.

12. Utah
Anda boleh mengahwini sepupu sendiri, tetapi dengan syarat kedua-duanya mesti berumur 65 tahun ke atas.

13. Utah
Suami yang akan bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan atau kesalahan isterinya walaupun bukan si suami yang melakukannya.

14. Lokasi Tidak Dapat Dipastikan
Isteri boleh dan dibenarkan membunuh suaminya sendiri sekiranya suami didapati curang, tetapi hanya boleh melakukannya dengan tangan kosong.

15. Pennsylvania
Ianya haram bagi seseorang mengikat wang dengan tali panjang, sengaja meletakkan wang di jalan, dan kemudian menariknya apabila pejalan kaki cuba mengutipnya.

16. Florida
Penduduk tidak dibenarkan kentut di kawasan orang ramai selepas jam 6 petang setiap hari.

17. England
Diharamkan untuk meninggal dunia di dalam Rumah Parlimen

18. Samoa
Suami dilarang keras sama sekali untuk lupa tarikh lahir isteri sendiri.

19. Britain
Pengunjung tidak dibenarkan untuk minum sehingga mabuk di pub.

20. Hawaii
Penduduk dilarang menyanyi kuat-kuat selepas senja.

21. Victoria, Australia
Tukar mentol lampu yang rosak hanya boleh dilakukan oleh electrician yang bertauliah.

22. Florida
Wanita yang sudah atau pernah berkahwin dilarang membuat aktiviti skydiving pada hari Ahad petang.

23. Switzerland
Dilarang untuk flush tandas selepas jam 10 malam kerana ianya dianggap sebagai pencemaran bunyi.

24. Wyoming
Sekiranya rumah anda bernilai lebih dari $100 000, tuan rumah wajib untuk belanja 1% daripada nilai rumah untuk koleksi seni.

25. Australia Barat
Anda tidak dibenarkan untuk membawa atau memiliki ubi kentang lebih daripada 50kg dan Potato Marketing Corporation ada hak untuk menahan dan memerika kenderaan anda secara rawak untuk memastikannya.

26. Thailand
Anda cuma dibenarkan membeli alkohol semasa rehat makan tengahari (11pagi – 2 petang) atau semasa makam malam (selepas 5 petang). Ini termasuk kelab dan restoran.

27. Tasmania
Anda dibenarkan untuk menawarkan saguhati sekiranya barang hilang atau dicuri dipulangkan semula, tetapi anda juga harus menjawab semua soalan yang dikemukakan berkenaan dengan barang yang hilang/dicuri tersebut dan akan didenda sekiranya enggan berbuat demikian.

28. Scotland
Undang2 lama mengatakan bahawa sekiranya ada orang asing mengetuk pintu rumah anda untuk menggunakan tandas, anda wajib membenarkan mereka masuk.

29. San Francisco
Dilarang untuk memberi makan kepada burung merpati.

30. Itali
Sekiranya membela ikan emas di rumah, wajib dibela minimum dua ekor atau lebih.

31. Portugal
Dilarang untuk kencing di laut.

32. Poland
Apa2 barang yang mempunyai gambar karakter Winnie The Pooh diharamkan kerana Winniw The Pooh tidak memakai seluar dan jantinanya tidak dikenalpasti, dan ditakuti akan mempengaruhi kanak2.

33. Beberapa Negara
Dilarang membawa buah durian di kawasan orang ramai.

34. Jepun
Penduduk dilarang untuk mempunyai ukuran pinggang melebihi 85cm untuk lelaki dan 90cm untuk wanita.

35. Huntington, West Virginia
Suami dibenarkan untuk memukul isterinya, asalkan ia dilakukan pada hari Ahad dan di khalayak ramai.

36. Eraclea, Italy
Pelawat dilarang untuk membuat istana pasir di pantai dan sekiranya didapati, istana pasir tersebut mesti dimusnahkan serta merta.

37. Denmark
Ibu bapa hanya boleh memberi nama kepada bayi mereka berdasarkan dengan senarai 7000 nama yang telah disediakan oleh kerajaan.

38. China
Sami tidak dibenarkan untuk “dilahirkan semula” selepas meninggal kecuali selepas mendapat pelepasan dan kebenaran dari kerajaan.

39. Blythe, California
Penduduk tidak dibenarkan untuk memakai kasut but koboi kecuali sekiranya mereka memiliki 2 atau lebih lembu.

40. British Colombia
Dilarang untuk membunuh Bigfoot (biarpun Bigfoot belum pernah dijumpai)

 

Sumber : Pelbagai

 

 

 

Hikayat Dunia
“Handsomenya Macam Daddy Dia” – Walaupun Baru Berusia 7 Tahun, Ramai Puji Anak Lelaki Eizlan Yusof Kacak Macam Bapanya.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sememangnya diketahui mempunyai wajah tampan meskipun usianya kini sudah mencecah 46 tahun. Sejak dari tahun 1990-an, ramai yang kagum dan juga memuji kekacakan aktor ini. Tak keterlaluan juga jika dikatakan makin lama makin berseri wajah Eizlan Yusof. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu Eizlan …

Hikayat Dunia
Inilah Sebab Sebenar Mengapa Eira Syazira Sekeluarga Mengambil Keputusan Berpindah Ke Jakarta..

Diam-diam ubi berisi, begitulah yang boleh diibaratkan aktiviti pelakon Eira Syazira. Menerusi penjelasannya baru-baru ini dalam sidang media, dia akan menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin. “Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air …

Hikayat Dunia
Kenapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee butakan watak ‘Kassim Selamat’? Rupanya ini sebab yang mengejutkan..!!

Hari ini genap usia 89 tahun hari kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terus dikenang dalam memberi sumbangan besar pada industri seni nusantara. Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi. Bagi peminat …

%d bloggers like this: