3 Perkara Dalam Hidup Yang Mampu Mengugat Tahap Kewangan Anda Secara Serius Sekiranya Terjadi, Dan Cara Terbaik Untuk Menghadapinya.

Image result for buku akaun bank
Hikayat Dunia

Adakah anda sudah bersedia untuk menjaga ibu bapa, bersara awak atau perlu membayar kos kejutan seperti penceraian atau kematian?

Ramai orang tidak cukup tidur apabila memikirkan status kewangan mereka, dari segi  hutang, kos perubatan sehinggalah bersara. Jangan risau, tip ini akan membantu anda dan juga akaun bank anda dalam persediaan menghadapi cabaran hidup.

 

1. Menjadi Penjaga Sepenuh Masa Orang Tua Kita

Manusia di fasa umur 40an, 50an dan 60an akan merisaukan tiga perkara ini: menghantar anak ke kolej, menyimpan untuk hari tua, dan juga menjaga ibubapa yang sudah tua.

Anda masih boleh membuat pinjaman untuk menampung kos belajar anak, atau berhenti menyimpan wang untuk hari tua buat sementara, tetapi sekiranya melibatkan penjagaan orang tua yang sudah uzur, anda memang tidak boleh mengelaknya.

Image result for menjaga orang tua

Jangan terus berhenti kerja secara mendadak untuk menjaga orang tua, biarpun dirasakan perlu sekiranya majikan anda ada menawarkan insuran kesihatan yang merangkumi keluarga sekali kerana ia akan boleh membantu anda. Namun sekiranya anda perlu berhenti juga, jangan bebankan diri sendiri. Minta bantuan adik beradik yang lain. Semua harus duduk berbincang, tentukan kos keseluruhan bulanan dan tentukan tugas dan tanggungjawab masing2 yang untuk menyelesaikan kos bulanan dan kos yang tidak dijangka.

2. Penceraian atau Kematian Pasangan Hidup

Topik ini memang agak tidak disenangi, tetapi sudah sampai masa untuk anda ambil tahu berkenaan dengan status kewangan anda. Duduk dan bincang sekali dengan pasangan anda : berapa saving yang kamu berdua ada, adakah saving cukup untuk hari tua, bagaimana wang bersama dilaburkan dan di mana kita boleh rujuk rekod kewangan semua.

Image result for gambar perceraian suami istri

Sekiranya anda tiba-tiba berada dalam situasi ditinggalkan seorang diri seperti di atas, kebanyakan nasihat pakar adalah : Jangan buat apa-apa. Jangan jual rumah, jangan jual harta pusaka, dan jangan berhenti kerja.

Cuba jangan membuat apa-apa keputusan besar terlebih dahulu sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan atau setahun. Cuba untuk menyesuaikan diri dalam keadaan singkat dan terburu-buru menbuat keputusan boleh menyebabkan akibat buruk terhadap kewangan anda.

Minta bantuan professional kewangan dan juga sokongan emosi dari teman dan keluarga rapat anda untuk menguatkan jati diri agar anda boleh menghadapi situasi ini dengan sebaik mungkin dan seterusnya membantu anda untuk membuat keputusan yang lebih baik.

 

3. Terpaksa Bersara Awal Dari Pekerjaan

Ramai yang berfikir bahawa masa untuk bersara dari pekerjaan masih jauh dan tidak perlu dirisaukan, tetapi faktor seperti masalah kesihatan, perbentukan syarikat semula ataupun perberhentian kerja masih boleh berlaku, dan tidak ada jaminan yang anda akan mendapat pekerjaan lain dengan pantas. Biarpun umur persaraan telah ditetapkan pada 65 tahun, namun masih ada yang bekerja biarpun umur sudah melebihi 65 tahun.

Image result for diberhentikan kerja

Ramai yang pandai menyimpan dalam bank, tetapi tidak berani atau yakin untuk melabur. Sekiranya anda hanya menyimpan dalam akaun saving bank semata-mata tanpa melabur, anda sebenarnya akan mengalami kehilangan wang disebabkan inflasi.

Jika anda masih terpaksa untuk berhenti kerja awal sebelum sampai waktu bersara yang sepatutnya, teruskan mencari kerja baru, tapi pada masa yang sama, kurangkan dan kawal perbelanjaan anda serta merta. Sekiranya perlu, pindah ke rumah yang lebih kecil yang kosnya lebih murah untuk kurangkan pembayaran rumah bulanan dan bil penyelengaraan rumah.

Benar, kita akan stress dan tertekan apabila rancangan hidup kita tiba-tiba berubah tanpa diminta dan kita perlu cuba benda baru untuk kesinambungan hidup. Pastikan anda mempunyai informasi dan bantuan yang betul untuk membantu anda membuat keputusan yang betul dan rasional.

 

Sumber : Redbook Mags

 

 

 

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: