AWAS SKIM MENIPU!!! 1.7 Juta Mangsa Diperdaya, Rugi 4.4 Billion

Hikayat Dunia

Jangan mudah tertipu dengan skim yang nampak seperti pelaburan senang dan pantas tanpa memeriksa kredibilitinya terlebih dahulu.

Kira-kira 1.7 juta mangsa penipuan 27 jenis skim pelaburan melibatkan kerugian bernilai RM4.4 bilion dicatatkan di negara ini sepanjang tempoh Julai 2013 hingga September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam tempoh ber­kenaan, pihaknya me­ne­rima lebih 2,500 laporan mang­sa bagi kes.

“Kami beberapa kali mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan skim begini kerana tiada satu pelaburan yang dapat memberikan pulangan tinggi dalam masa singkat,” ujarnya.

Dalam kes terbaharu, Acryl berkata, pihaknya menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia di antara 30 hingga 36 tahun kerana dipercayai terlibat dengan skim penipuan pelaburan ‘Krubal’ di dua lokasi berasingan di ibu negara dan Pulau Pinang semalam.

“Kita menerima 105 laporan berhubung kes berkenaan dan seramai 2,000 orang menjadi mangsa dengan kerugian berjumlah RM788,901.

“Suspek menawarkan pe­laburan barangan kosmetik melalui aplikasi Whatsapp dan laman sosial Facebook dengan mengambil deposit daripada mangsa untuk dilaburkan dalam sebuah syarikat tempatan.

“Pakej pelaburan yang ditawarkan oleh suspek adalah antara RM350 hingga RM55,000 dan pulangan tinggi dijanjikan kepada pelabur sehingga melebihi 100 peratus selepas tiga bulan, selain hadiah emas dengan berat tertentu,” jelasnya.

Senarai skim penipuan pelaburan yang dikenal pasti.

1. Crude Palm Oil

2. Highway Group Resources

3. Mekah Islamic Hotel

4. Federal Reserve Chicago Bond

5. RJB Empire Group

6. Venus Fx

7. AAM Academy

8. Celoreng Mindef

9. Kongsi Makan

10. Bit Coin – Bit Kingdom

11. JJPTR

12. Bit Coin – Al Mubin Agarwood

13. Exorbitence Influence Sdn. Bhd. (Krubal)

14. Richway

15. Pelaburan Emas Royal Gold

16. Dato Dave (Syarikat Aero Asia Holding)

17. Monspace

18. MFace / MBI

19. Pelaburan Emas – Tok Belagak

20. Pelaburan Emas – Pegasus Bullion

21. Saham – Century Dinasty

22. Pelaburan Forex – MGCFX

23. Pelaburan Sunner Group

24. Pelaburan GM Friday

25. Focus Capital Growth

26. Skim Perumahan DBI/Juta Kelulut

27. Global Tijari

Sumber : Utusan Malaysia

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: