Isteri Ditembak Suami Kerana Tuntut Cerai Selepas Suami Kantoi Curang!!!

Hikayat Dunia

 

THAILAND – Seorang pegawai tentera telah menembak mati isterinya di Udon Thani, Bangkok selepas mereka bertengkar akan tindakan suami nya bermain kayu tiga di belakang si isteri.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pasaraya, Sarjan Mejar Kelas Pertama, Pichet Chumboonchoo, 41, telah di temui dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan di bahagian dada. Manakala isterinya pula, Sirinporn Chumboonchoo, 40, berada 5 meter jauh darinya dalam keadaan berlumuran darah pada bahagian belakang tubuh akibat di tembak sebanyak tiga kali.

Menurut pihak polis, pertelingkahan antara mereka bermula apabila Sirinporn menuduh suaminya main kayu tiga bersama wanita lain.

Disebabkan kecewa dengan tindakan suami nya, Sirinporn meninggalkan lelaki itu dan tinggal bersama keluarga nya di Udon Thani.

Pichet kemudian menyusul isterinya ke Udon Thani untuk memohon kemaafan dari Sirinporn, namun isterinya itu menolak permohonan untuk kembali secara mentah–mentah dan masih mahukan penceraian.

Berang dengan permintaan cerai dari isterinya, Pichet telah menembak Sirinporn, anak saudara isterinya yang berusia tujuh tahun dan wanita pembantu kedai yang berusia 32 tahun pada bahagian buku lali.

Sepucuk pistol automatik 9mm dan beberapa kelongsong peluru telah ditemui di tempat kejadian. Difaham kan juga, orang awam telah cuba membantu memberi resusitasi jantung untuk menyelamatkan Sirinporn, namun semuanya sudah terlambat apabila mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital.

Manakala saksi kejadian pula mengata kan bahawa mereka terlihat suspek secara tidak sengaja telah menembak dadanya sendiri setelah dia menghadapi masalah dengan pistol milik nya.

Mudah sungguh orang zaman sekarang menyelesaikan masalah rumah tangga. Apabila jalan penyelesaian tidak ditemui, keganasan termasuk lah pembunuhan di lakukan demi menutup kesalahan ataupun melempias kan amarah yang tidak terhingga.

 

Sumber : Thailand News

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: